Bab 25

23 1 0
                                    

"Patut ke aku bagitahu dia?" Bisik Haqq dalam hati. Pandangan dibuang ke luar jendela yang terkatup rapat itu. Bilik kerja nya yang dingin itu menambahkan lagi kesunyian. Haqq meraup wajahnya serta helaan berat dilepaskan. Seketika itu, pintu biliknya dibuka oleh seseorang.

"Doktor, Tengku nak jumpa" kata seorang jururawat. Setelah itu, Haqq pun bangun dari kerusi empuknya dan terus melangkah untuk keluar dengan segera.

Langkah demi langkah, akhirnya menapak juga di hadapan bilik Tengku Ghufran. Haqq tanpa membuang waktu, dia buka pintu bilik itu. Kelihatan Tengku sedang terkujur badan bersama wayar yang bermacam. Haqq masuk dan duduk di sebelah Tengku Ghufran.

"Ada apa Tengku cari saya?" Haqq mulakan perbicaraan. Tengku Ghufran cuba untuk menegakkan posisi badannya yang separa baring itu.

   "I told you before Haqq, call me ayah"

   "A..yah ada apa-apa ke nak jumpa saya?" Tanya Haqq kembali. Wajahnya penuh keliru, matanya tak dapat menangkap apa yang ada di dalam mata hitam Tengku Ghufran.

   "Ayah rasa, dah sampai masanya kamu beritahu Hayfa tentang semuanya. Ayah tak mahu lagi simpan apa-apa dari dia" ujar Tengku Ghufran, batuk kecil dilepaskan. Haqq tersentak akan itu, air liurnya rasa kelat untuk ditelan saat ini. Dia buntu.

   "Hayfa, kamu okay ke? Ada apa-apa nak umi tolong?" Tak sedar, umi menghampiri aku. Dia henyakkan punggung nya di sofa sebelah aku duduk. Aku dengan gaya memeluk bantal, terus menukar posisi badanku menghadap ke umi.

   "Okay..pening sikit" jawabku lemah. Entah kenapa aku rasa sakit seluruh badan, nak makan pun rasa tak lalu. Atau aku terlampau banyak berfikir?

   "Betul ni? Risaukan Haqq ke?" Umi seakan tahu apa yang terbuku di hati sekarang ini. Aku respon dengan bahu keduanya diangkat. Jujur, aku pun tak tahu kenapa dengan diri aku ni.

   "Hayfa rasa..berat, bersalah, tergantung" tak tahu apa yang aku kotakan. Tapi itu lah apa yang hendak digambarkan.

   "Umi.." aku memanggilnya. Umi mengarah kepala dan badannya menghadap aku.

   "Kenapa Haqq tu macam lain je bila Naqeeb ada? Masa makan semeja hari tu pun dia tak paling pun muka dia kat Naqeeb" aduh risau pula dengan soalan mengancam aku ini. Takut pula jika umi tarik muka. Berubah sayu air muka umi, satu helaan lembut dilepaskan.

"Sebenarnya, mereka berdua tu memang tak menyatu dari dulu lagi. Sejak penceraian umi dengan arwah Dato' Farid"

Rasa bagai tergigit lidah sendiri. Apa betul benda yang aku dengar saat ini? Ini ke rahsia yang selama ni Haqq sembunyikan dari aku? Adakah ayah pun turut terlibat?

"Haqq fikir yang Naqeeb punca penceraian kami. Sejak dari tu, arwah hanya ambil hak penjagaan keatas Haqq. Arwah hanya serahkan Katryna dan Naqeeb pada umi. Disebabkan itu, Haqq rasa tersisih sebagai anak lelaki yang masih memerlukan kasih sayang ibunya" jelas mata umi sudah mula membanjiri. Aku turut merasakan sebaknya, apa benar zaman kecil Haqq begitu sulit?

"Semasa arwah hidup, dia tak pernah tengok perkembangan Haqq walaupun mereka hidup sebumbung. Haqq, dia seorang yang sangat berdikari dari dia sekolah lagi. Berbeza pula dengan Naqeeb" umi mengesat matanya yang penuh dengan air hangat.

"Mungkin silap kami, terlebih manjakan Naqeeb berbanding dia. Sedangkan dia pun anak kami. Dan sejak arwah meninggal, ayah Hayfa yang ambil alih untuk jaga Haqq memandangkan masa tu Tengku dan isteri belum punya zuriat. Tapi tak lama, di khabar kan yang ibu Hayfa sedang mengandung anak perta.."

"Tok! Tok!"

Tidak sempat umi menghabiskan ayatnya, pintu bilik diketuk bagai nak roboh. Hish! Kacau pula cerita nak hampir ke klimaks. Umi lekas membetulkan duduknya, mengesat wajah yang dibasahi lelehan air mata itu.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now