Bab 13

31 8 0
                                    

        Hari yang cerah untuk dimulakan. Dan aku masih bercuti di hari Ahad yang mulia ini. Tak tahu nak buat apa walaupun gaji sudah pun dapat. Tapi aku berharap yang hari ini lebih baik dari semalam.

Banyak perkara yang jadi semalam, membuatkan tidur aku pun sedikit terganggu. Masih terfikirkan siapa gerangan orang yang memberi kedua-dua kad dalam masa satu hari. Aku macam dah jadi detektif tak diiktiraf nak selesaikan setiap satu kes. Berat betul kes ni.

        Aku fikir mahu keluar sekejap di taman depan rumah aku ni. Saja nak ambil angin, tenangkan fikiran yang tengah rungsing ni. Tak ada lah aku terperap aje dalam rumah, lama-lama jadi pekasam. Hahaha.

Sedang kaki dilangkah menuju ke anak tangga untuk naik ke atas, tiba-tiba notifikasi berbunyi.

"HAQQ"

Whatsapp dari seketul Haqq. Dia ni memang suka ganggu hari cuti aku ke? Ada aje benda nak di pesannya setiap hari.

"Good morning Hayfa"

"Assalamualaikum"

"How are you? Sihat?"

Dah agak, dia mesti nak tanya khabar. Aku balas aje sekadar cukup syarat. Malas lah mahu panjang berjela, nanti terbatal pula niat nak bersiar-siar.

"TING!"

Satu lagi notifikasi masuk di layar. Tapi kali ini dari Dean. Tak lain tak bukan mesti nak ajak aku keluar. Aku pun mengetik Whatsapp dari Dean untuk membaca.

"Yow Wifi! How was your day?"

"I miss you la babe!"

"Kau free tak? Jom keluar"

Seperti yang aku jangka, dia nak ajak keluar. Kalau dah macam ni, aku perlu batalkan niat untuk keluar bersiar-siar. Ada bagusnya juga sebab aku pun mahu beli barang rumah yang sudah lama tak terisi. Disebabkan sibuk semedang, almari dan kabinet dapur pun kosong.

Berminit juga masa diambil untuk aku bersiap, tapi disebabkan dari subuh tadi sudah mandi jadi singkat lah masa untuk berlawa. Aku cuma mengenakan long neck Khaki dan trench coat hitam di luar. Shawl milky white juga sudah aku selendangkan di kepala. Minyak wangi jangan lupa. And I'm ready to go!

Aku pun menuruni anak tangga menuju ke bawah sambil membawa beg tangan. Aku harap tiada satu pun barang tertinggal. Kalau tak memang rosaklah mod berbeli belah hari ini. Aku double check sekali lagi di dalam beg, dan alhamdulillah semuanya ada. Risau juga kalau sudah keluar tapi barang yang penting tertinggal.


Aku menelefon Dean untuk memberitahu yang aku sudah pun siap. Dean pun beritahu yang dia baru sahaja mahu berganjak dari rumah. Pintu rumah dikuak lalu dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, kaki kiri aku langkahkan. Sejuk udara pagi ini walaupun matahari sudah terpacak di atas, tapi tak terasa bahangnya. Sedikit berkabus mungkin kerana hujan tengah malam semalam.

Tidak sampai 10 minit, kereta Honda Civic Dean pun akhirnya tiba di depan rumah aku. Rumah pun sudah berkunci, kaki dah langkah masuk ke dalam kereta. We are ready to go!

"Cantiknya kawan aku ni. Stylish habis!" Puji Dean sebaik sahaja melihat aku dari atas sampai bawah.

"Biasa aje ni. Lagipun aku nak beli barang rumah sikit. Lama dah tak berisi kabinet dapur tu" jawabku sambil membetulkan gaya tudung. Biasa lah orang perempuan.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now