Bab 03

59 8 0
                                    

"Macam mana nak berbaik kalau masih tak ubah?!" Tegas suara Tengku Ghufran kepada isterinya tapi masih kedengaran lembut.

"It's all on you Ghufran, you yang tak reti jalankan tanggungjawab awak sebagai seorang suami!" Tempik isterinya Dayang Renjana.

"Saya tak pernah lupa untuk bagi nafkah dekat awak. Tak akan awak lupa semua tu sayang?!" Jawab Tengku Ghufran dengan nada sedikit berang.

"Yes you bagi I nafkah and I rasa cukup dengan semua yang you bagi. Tapi I perlukan kasih sayang awak. Berbulan awak kerja oversea, berbulan itulah saya dahagakan kasih sayang awak Ghufran!" Jujur Dayang Renjana dengan air mata palsu.

"Tapi tak akan sampai perlu buat perkara jijik belakang saya?! Tergamak awak tidur dengan lelaki lain saat saya berusaha kerja nak beri awak nafkah!" Bertukar merah mata Tengku Ghufran yang hampir sahaja menangis.

Hayfa yang ketika itu masih berumur 16 tahun hanya menangis mendengar pentengkaran ibu ayahnya. Andai dia punya kuasa dan hak, pasti dia akan bersuara untuk ibu dan ayahnya. Tapi apa lah daya dia masih budak sekolah yang tidak tahu apa-apa.

"You're right Ghufran, this is the way I nak tunjuk yang I protest terhadap you! And yes I sayangkan lelaki ni and for your information dia yang selalu ada dengan I bila you kerja oversea!" Dayang Renjana jujur sahaja. Dia pun sudah muak dengan suaminya itu.

"I will follow your thoughts. Bismillahirahmanirahim... Dayang Renjana binti Thariq Abdullah, aku ceraikan kau dengan talak 1". Lafaz cerai itu di iringi jujuran air mata Tengku Ghufran.

"Good. From now on, this time and until my last breath, I tak akan menyesal bercerai dengan you Ghufran" selamba Dayang Renjana mengatakan hal tersebut. Dia pun tak heran dengan suaminya itu.

"Bawa Hayfa sekali dengan kau. Dia bawah jagaan kau. Aku pun tak ingin nak tengok muka anak ni. Aku jijik dengan dia sebab berdarah daging kan kau!" Jelas Dayang Renjana dengan tegas.

"Hey! Aku sumpah kau tak akan jumpa aku seumur hidup kau. Ni kali terakhir kau tengok muka ibu kau!" Sedikit kuat nada suara ibunya kepada Hayfa.

Hayfa hanya memandang ibunya dengan lelehan air mata. Tidak sangka ibunya mengatakan demikian. Terpaksa dia menerima kenyataan yang ibunya tak mahu berjumpa dengannya seumur hidupnya.

Tiba-tiba tangan Dayang Renjana direntap perlahan oleh Hayfa.

"Ibu adik sayang ibu...jangan tinggalkan adik. Adik tak sanggup.."

"IBU!!"

Terbuntang mataku. Aku terjaga dari tidurku. Tanpa aku sedari, pipi terasa basah dek kerana menangis ketika tidur. Mengigau rupanya.

Aku kembali menangis kerana mimpi itu mengimbau ingatan akan situasi yang pernah dialami 7 tahun yang lepas. Hayfa rindu ibu.

Aku terus membuka telefon. Dengan dada yang masih sebak, terus aku mencari kontak bernama "My Daddy" dan menekan logo telefon. 2 minit selepas itu baru lah ayah mengangkat panggilan.

"Hello assalamualaikum Hayfa, anak ayah" riang suara ayah saat talian bersambung.

"Waalaikumsalam ayah..." aku menjawab salam ayah dengan suara yang masih sebak.

"Hayfa? Kenapa tu sayang? Anak ayah okay ke?" Tanya ayah bernada kerisauan.

"Hay...fa rindu ibu..." tergagap aku ingin menjawabnya sambil teresak-esak menangis.

Ayah diam dahulu dan menghela nafas sebelum kembali berinteraksi.

"Ayah pun rindu ibu kamu" suara ayah sedikit perlahan dan terasa ada getaran di hujung ayatnya.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now