Destinasi yang dituju pun akhirnya sampai. Haqq hanya berhentikan keretanya di depan pintu hospital sahaja. Dia pun keluar dari kereta untuk meminta bantuan di bahagian kecemasan.
"Awak dan ayah tunggu di sini, saya panggil emergency department ke sini ambil ayah awak" Haqq titipkan pesan sebelum berlalu ke bahagian kecemasan.
Dan tak lama selepas itu, pasukan emergency department datang membawa katil tempat pesakit di baringkan. Haqq menyuruh nurse lelaki yang lain untuk membantunya memapah ayah hingga ke katil itu.
Aku juga keluar dari kereta setelah ayah dibawa keluar.
"Awak ikut mereka bawa ayah awak ke pusat rawatan kecemasan. Saya parkir kereta sekejap" katanya dan terus masuk ke dalam kereta.
Aku tidak angguk, tapi hanya mengikut arahan. Aku pun berlalu pergi bersama pasukan bahagian kecemasan. Agak bergegas mereka membawa ayah yang di atas katil itu. Mujur tidak langgar orang yang berada di hospital itu. Suasana hospital itu agak sunyi, hanya dapat ku lihat beberapa pesakit dan pekerja hospital sahaja yang lalu lalang.
Aku bukan lah seorang yang berjalan laju, tapi tetap juga mengikut rentak pasukan emergency department mengusung ayahku. Agak sakit sedikit kaki aku, tapi demi ayah aku sanggup berbuat apa sahaja. Ayah, bertahan lah..
Tidak lama selepas itu, kami sudah pun berada di depan lif keutamaan. Dengar aje bunyi "Ting" terus kami masuk ke dalam lif tersebut dan butang tingkat 3 ditekan.
Sepertinya menuju ke pusat rawatan kecemasan. Ya berada di aras 3. Ini pertama kali aku ikut pergi ke bahagian kecemasan. Bagaimana la rasanya ya?
Sampai sahaja di aras 3, kami pun menuju ke bilik yang tertera Emergency Room. Kad akses pun sudah berbunyi menandakan pintu sudah dibuka. Dengan perlahan pintu automatik itu terbuka dan kami pun ingin masuk ke dalam. Tiba-tiba...
"Cik Puan tak boleh masuk dulu ye, biar kami dan doktor pakar yang bertugas sahaja di dalam. Jangan risau, kami akan jalankan tugas kami dengan jayanya" ucap seorang pekerja bahagian kecemasan itu sambil menghamburkan senyum.
Setelah itu, Haqq pun berjalan dalam keadaan bergegas tapi penuh lagak profesional. Dia memakai sarung tangan dan pelitup muka lengkap. Meremang aku saat melihat dia begitu. Oh begini ke rasanya menjadi doktor?
Aku tergamam sebentar. Tapi tidak lama, dan aku hanya akur. Aku tunggu sahaja di luar bilik itu. Mujur ada kerusi di depan bilik itu, tak ada lah aku perlu mencangkung untuk duduk.
Tapi dengan keadaan begini, nak duduk pun rasa tak selesa. Aku masih risaukan keadaan ayah sekarang. Walaupun sebelum sampai di hospital sudah pun buat bantuan kecemasan segera, tapi hati tetap gundah.
Termenung di balik duduk ku. Entah kenapa hati rasa berat yang teramat. Berfikir, kenapa lah begitu berat ujian yang aku hadap.
Setelah beberapa minit berlalu, tiba-tiba dapat aku dengar pintu bilik itu terbuka dengan sendirinya. Menandakan sudah selesai sesi rawatan. Aku dapat melihat Haqq keluar dengan wajah biasa. Tak senyum dan tak pula keluh. Tapi cukup aku tau riak wajahnya kelihatan lega.
"Macam mana? Ayah okay?" Tanyaku dengan perasaan yang membuak-buak ingin tahu.
Haqq hanya mengangguk. Kenapa dia tidak jawab? Apa yang dah jadi?
"Pergi la tengok ayah, awak dibenarkan masuk" jemput Haqq.
Aku pun terus masuk ke dalam bilik itu dengan hati yang sedikit tenang apabila semuanya telah selesai. Aku melihat banyak wayar bersambung pada tubuh ayah. Ayah terbaring sambil memakai alat pernafasan. Tapi dapat aku melihat dia sudah bernafas secara normal.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...