"Ya Allah babe! Tak sangka lah kawan aku ni dah nak kahwin!" Teruja suara Dean lalu di telinga. Aku yang sedang menyua croissant di mulut terhenti seketika.
"Yelah, berapa kali lagi aku harus bilang?" Jawabku bersama dialek indo. Senyum Dean tak henti mengukir dari tadi.
"Tak sangka kan? Perempuan yang dah lama tawar hati macam kau ni boleh terbuka balik untuk terima si Haqq tu" Dean kembali mengujar sambil melirikkan mata.
Aku angkat bahu dan kening sebagai balasan. Tak tahu nak menjawab apa, tapi apa yang dia katakan tadi tu benar. Sejak terputusnya hubungan aku dengan Khalif, aku jadi seorang yang tawar hati dan tak berminat dengan lelaki mana pun. Datang lah beribu pun jejaka hangat pasaran, hati tetap nafi.
"Aku pun tak tahu sejak bila dan waktu bila aku mula ada perasaan pada Haqq" tuturku. Adakah aku seorang yang ego?
"Kau tu sebenarnya ego tau, mula-mula kau cakap belakang pasal mamat Mercedes tu, punya lah nak sorokkan diri dari bertembung dengan dia. And now kau yang akan jadi isteri dia nanti" berdesup perlian itu keluar dari mulut munggil nya. Kalau bab nak kena kan aku memang dia lah orangnya.
"Ok fine! Aku mengaku yang aku ego. Tapi kalau dah takdir nak buat macam mana?" Aku menjawab di ikuti tangan disilang ke dada.
"Ceh macam lah aku tak kenal bestie aku ni. Tapi kan sweet lah Haqq tu, beli private jet nak lamar kau kat situ, di iringi awan gelap membiru" Dean sambung lagi berkata pujangga. Naik menyampah pula dengar, apakan daya kalau dah Dean Sofea yang menjadi teman aku.
"Amboi kemain ye. Nanti aku doakan future jodoh kau lamar dekat Eiffel Tower baru tahu, terus masuk news nanti" giliran aku pula membahan si Dean ini, mengekek juga ketawa aku disamping menghirup Latte yang berada di meja. Dean mencebik dengan muncungnya.
Langit redup macam nak menandakan hujan. Nasib baik lah lagi 20 minit waktu kerja habis dan boleh balik. Harap sempat lah sebelum hujan turun membasahi bumi.
Tamat juga sesi bekerja pada hari ini. Macam biasa aku akan kemas dahulu segala barang di meja, tak mahu satu barang pun tertinggal. Oleh kerana esok ofis aku akan di ubah suai, jadinya aku ditempatkan di ofis lain buat sementara waktu. Harapnya tak lama lah jangka masa untuk diubah suai itu.
Kaki mengatur langkah untuk keluar dari bangunan itu. Semuanya aku rasa baik, tetapi ada satu perasaan yang menimbulkan rasa tak sedap. Atau ia hanya naluri aku? Atau mungkin badan dan otak dah terlalu penat, jadi macam-macam rasa bercampur aduk.
Aku meneruskan berjalan di kawasan pejalan kaki, di tepinya ada jalan tempat kereta lalu. Akan tetapi, jalan itu paling jarang untuk kereta singgah atau masuk, boleh dikatakan terbiar. Tapi jalan ini lah yang aku sering gunakan untuk pulang ke rumah. Tanpa menghiraukan perasaan tak sedap hati, aku menonong sahaja berjalan ke depan.
Terdapat stesen bas di tepi, ada tempat duduk dan satu kaca besar di belakang. Kepala aku tertoleh ke arah kaca besar itu, lalu mata menangkap ada sebuah kereta di belakang aku. Sejak bila pula ada kereta di sini? Soal hati. Lantas kepala di pusing ke belakang untuk melihat sama ada betul atau tak bayangan yang aku nampak tadi.
Bila di pusing, benar ada sebuah kereta yang berada tak jauh dari tempat aku dah berjalan. Aku tak dapat mengjengguk siapa di dalam itu kerana cermin nya yang sangat gelap. Lama aku tenung pada kereta itu tapi ia masih tak memberi sebarang respon seperti bergerak dan sebagainya.
"Ya Allah, apa pula lah kali ni" rajuk ku dalam hati. Dalam kegusaran yang melanda, aku tetap meneruskan perjalanan ke rumah.
Kali ini aku betul-betul setuju dengan kata hati, rasa tak sedap. Aku perasan yang kereta tadi seakan mengikuti aku dari belakang. Kini dia sudah beralih tempat dari yang biasa. Aku cuba langkah sedikit demi sedikit ke depan dan kereta itu terus membuntuti. Berderau segala darah di dalam badan, adrenaline makin membuak buak.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...