Bab 07

43 9 1
                                    

Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya sampai juga di destinasi yang dituju. Tak tahu di mana dia bawa aku ni, tapi ada signboard disitu tertulis "Taman Layang-Layang"

Haqq pun memarkir keretanya di petak kosong bahagian luar. Katanya senang mahu keluar nanti. Kami pun sama-sama keluar dari kereta.

Jalan beriringan lah kami, dia sebelah kanan dan aku kiri. Beza ya ketinggian kami berdua, tak pasal nanti orang yang memandang cop kami adik beradik.

"Kenapa awak bawa saya kesini?" Tanyaku sekadar memulakan perbualan.

Haqq senyum dahulu sebelum menjawab.

"Entah la. Saja" jawabnya selamba.

"Saja? Habistu kenapa ajak saya?" Soalan dituju lagi kepada Haqq.

"Takkan tak boleh?" Jawab Haqq bernada biasa.

Geramnya dengan jawapan yang keluar dari mulut dia. Tak sesuai dengan apa yang aku fikirkan.

"Tak ada lah, saja nak kenal dengan awak lebih lagi. Yelah hari itu masa saya hampir nak langgar awak, saya ajak awak untuk turut serta family dinner awak tolak".

"Dah ada peluang ni saya ajak lah. Nasib la berjodoh jumpa lagi, kalau tak saya keluar seorang aje" jawabnya panjang berjela.

Aku teringat kembali situasi kami ketika di surau itu. Apabila di fikirkan balik, agak kelakar ya. Tersenyum aku sendiri memikirkan nya.

"Saya tak sangka awak anak Tengku Ghufran. Bukan lah saya tak tahu dia ada anak, tapi saya selalu jumpa ayah awak atas urusan kerja aje. Jadi ini pertama kali saya berjumpa dengan anak Tengku Ghufran" katanya sambil kepalanya terarah kepadaku.

Aku hanya pandang ke depan sahaja. Malu mahu menyambut matanya yang dari tadi memandang ku.

"Ya saya anak dia. The one and only his daughter. Ayah memang jarang war-warkan kisah hidup dia kat semua orang. Hanya setengah orang sahaja yang tahu dia ada anak perempuan" kataku jujur.

Ya, ayah yang aku kenali adalah sangat rendah diri. Dia tidak pernah menunjuk dengan apa yang dia ada. Orang hanya tahu dia ada syarikat perniagaan sahaja.

"Alhamdulillah good to know" jawabnya pula.

Sejuk juga angin petang ini. Cuaca tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Datang pula angin yang sepoi-sepoi sahaja. Memang betul-betul feeling.

Sedang aku melayan perasaan bersama angin, tiba-tiba Haqq menarik kain lengan bajuku. Eh dah kenapa mamat ni? Apa dia nak buat?

"Jom lari sampai hujung sana! Siapa sampai dulu dia kena belanja ice cream!" Ajaknya sambil berlari kecil.

Aku ni dah la pakai seluar labuh, tak pasal tengah berlari ada juga terpijak kain sendiri. Dia ni ada aje otak dia!

"Hey tunggu lah!" Jeritku ke arah Haqq yang dah semakin ke depan.

Aku pun tak mahu kalah, aku turut berlari anak ke arah dia. Aku kena menang, kalau tak aku yang kena belanja nanti!

Dan akhirnya, dia yang sampai terlebih dahulu. Memang tak lah aku nak menang, dengan pakai seluar labuh ni dengan beg lagi. Mesti orang sekeliling tengok aje kami kejar mengejar bak cerita Hindustan. Sungguh drama.

Tercungap aku di hadapan Haqq. Dapat aku dengar Haqq ketawa kecil. Dengan tangan aku yang kecil ni, aku menumbuk dada bidang dia. Geram!

"Mana adil! Saya pakai macam ni awak ajak berlari" kataku marah.

Tersenyum Haqq melihat aku yang berperangai seperti budak. Ketawanya sudah pun reda.

"Okay la. As a man, biar saya yang belanja" katanya sambil tersenyum ke arah ku.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now