Gundah rasa hati entah kenapa. Nak kata yang aku fikirkan tentang kerja tak juga, ia selain dari perkara kerja. Bila jauh sudah renungan, terdetik rasa jiwa untuk telefon ayahanda tercinta. Aku ambil telefon yang berbaring di atas tilam itu lalu mencari kontak ayah.
"Tut! Tut!" Dering telefon. Setelah lima deringan baru lah terjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum ayah" aku memulakan mukadimah pertama. Ayah membalas dengan bunyi batuk kecil.
"Waalaikumsalam Hayfa, kenapa telefon ni?" Balas ayah dengan serta deheman.
"Hayfa..rindu ayah" jawabku lemah. Tak tahu mengapa rasa sebak di dada, bila bergetar saja suara orang tua ini membuatkan hati luluh.
"Ayah sihat aje, macam ni lah orang tua. Hayfa sihat? How was work?" Ujar ayah.
"Everything is fine ayah" teragak aku nak menjawab namun aku ucap jua. Memang banyak pasang surutnya semenjak dua menjak ini, tapi mujur ia tak melibatkan kesihatan aku.
"Dah alang-alang ni ayah nak tanya, macam mana persediaan kamu dengan Haqq?" Pertanyaan ayah itu buatkan aku tergamam sebentar. Otak perlu cerna idea untuk jawab soalan dari ayah itu.
"Itu...semua Haqq dah laksanakan. Ayah jangan risau ya?" Cuba ku yakinkan insan tua ini. Aku tak mahu biar dia terbeban dengan masalah yang aku hadapi. Walaupun aku merupakan puteri tunggal bagi dia, dari kecil hingga lah sudah menginjak dewasa aku segan nak meminta apa-apa darinya hatta dia mampu sekalipun.
Bila di renungkan kembali, aku dibesarkan dalam keluarga yang senang. Tetapi aku tak merasakan kesenangan itu, bahkan bahagia jauh sekali. Mungkin pada mata orang lain keluarga kami terlihat manis, tapi sebaliknya hanya Tuhan yang tahu. Ada banyak kesulitan dan rahsia yang disembunyi, cuma belum waktunya untuk aku mengetahui.
"Hayfa, sekarang umur kamu dah berapa tahun?" Hilang biasan bayangan masa lalu bila ayah membuka pertanyaan.
"25 tahun" yakin aku menjawab.
"Sama umur dengan ibu kamu waktu ayah melamar dia dulu" perlu kah aku terkejut dengan kebenaran itu? Ya, sebab ayah tak pernah langsung menceritakan kisah dia dan ibu pada aku. Mungkin dah tiba masanya aku mengetahui nya?
"Hayfa percaya tak yang ibu kamu tu cuai orangnya?" Percaya kut, sebab tu perangai cuai tu turunnya pada aku. Hahaha.
"Ayah ingat masa tu ibu kamu cuma jadi seorang pelayan di cafe. Dan masa tu juga ayah baru buka business kecil. Ayah selalu buat kerja dekat cafe tempat ibu kamu bekerja. Sampai lah satu masa.." terhenti cerita ayah itu, terus ketawa kecilnya lepas di dengar. Aku terus fokus dengan penceritaan itu, tak mahu tertinggal walau sedikit pun.
"Sampai lah satu masa, ayah sibuk buat kerja. Ibu kamu tertumpahkan air kopi yang ayah pesan. Habis segala dokumen ayah rosak" disambung lagi ketawa nya. Aku senyum mendengarkan itu sambil menepuk dahi. Rupanya sifat cuai itu datangnya dari ibu.
Fikiran melayang terfikirkan betapa ayah dan ibu bahagia saat mereka masih sedang di alam bercinta. Boleh di ibaratkan seperti Romeo dan Juliet, pasangan yang sangat mencintai. Tapi, takdir Allah itu maha hebat. Jodoh ibu dan ayah tak berkekalan. Agak sedih apabila mengingatkan yang aku membesar tanpa diketahui oleh ibu kandung sendiri. Sebal di hati masih terasa, foto gambar ibu aku kerling yang terletak elok di atas meja. Tubir mata mula panas dan sebentar lagi pasti mengalir cairan hangat itu.
"Hayfa? Kamu okay?" Terus tersedar dari lamunan. Telefon yang tadinya aku pegang sudah pun rebah di tilam. Sebaik suara ayah memanggil, aku gapai telefon itu.
"Okay...Hayfa cuma teringat" ulasku dalam nada suara seakan nak menangis. Aku seka mata yang dah bertakung air hangat itu.
"Ayah Hayfa rasa nak kena tidur ni, mengantuk dah. Ayah tidur tau, kena rehat nanti tak sembuh" sempat aku titipkan pesan buat ayah. Bukan nak lari topik perbualan, tapi memang badan rasa letih sekarang ni.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...