TROLI disorong perlahan. Mata galak memerhati barangan rempah ratus di atas rak. Sup bunjut dengan rempah ratus di ambil lima peket untuk stok sebulan. Hari ini, Humra pergi membeli barangan rumah untuk stok sebulan terus. Biasa hujung bulan dia akan membeli barangan dapur dan rumah untuk stok sebulan. Troli yang di pegang sudah mahu penuh dengan barangan kering. Yang paling banyak di ambilnya adalah makan ringan dan segala jenis coklat. Ini kalau mama tengok mahu membebel mama tengok jajan dan coklat di belinya. Tapi dia beli pun bukan untuk dia saja. Dia beli untuk Emir, anak Najiha. Budak tu selalu datang main dekat rumah dia.
Setelah memastikan semua barangan kering sudah di ambilnya. Baru dia pergi ke bahagian barangan basah seperti ayam, daging, ikan dan pelbagai lagi barangan basah. Dia berhenti di hadapan tempat letak segala barangan basah. Plastik di ambil lalu dia mencari ayam yang segar. Semua ayam kelihatan segar. Di belek ayam satu persatu tanpa rasa geli. Belek satu persatu baru puas hati pilih ayam segar. Dua ekor ayam yang kelihatan segar di ambil lalu di letak di dalam plastik. Selesai memilih ayam dia beralih pula ke tempat segala jenis ikan. Ikan bawal emas di pegang. Memastikan yang ikan itu segar. Plastik di sebelah di ambil. Ikan bawal emas yang di pegangnya tadi di ambil lima ekor. Banyak yang di ambilnya untuk stok sebulan. Ada sotong, ikan tenggiri, ikan kembong dan udang untuk stok sebulan terus. Senang tak payah nak beli banyak kali.
Selesai membeli semua barang dia menolak trolinya ke arah kaunter. Dia berdiri di belakang seorang wanita separuh abad itu. Berkerut dahi Humra melihat wanita itu menggelabah mencari sesuatu dia dalam beg yang berada di tangannya. Humra menanti dengan penuh sabar. Apabila melihat wanita itu berkata sesuatu kepada pekerja di kaunter itu dengan wajah serba salah. Terus Humra pergi ke arah wanita itu untuk bertanya. Kesian pula dia tengok wanita itu dari tadi.
"Maaf puan, ada apa-apa yang berlaku ke?" soal Humra kepada wanita tua itu dengan lembut.
Wanita separuh abad itu menoleh. Wajah keruhnya segera menghilang apabila bertemu mata dengan Humra.
"Err... macam ni saya nak bayar barang saya tapi beg duit saya tak ada dalam beg, mungkin tercicir dekat mana-mana tak pun tercicir dalam kereta suami saya. Jadi saya minta pekerja itu simpan dulu barang saya sementara saya pergi ke kereta ambil duit dekat suami saya," terang wanita itu panjang lebar.
Humra yang mendengar hanya mengangguk faham dengan situasi yang di alami wanita tua itu. Dia melihat barang yang di beli wanita itu sudah mahu di simpan pekerja itu. Barang yang di beli wanita itu tidaklah banyak mana hanya ada ikan, ayam, sayur-sayuran dan barangan rempah sahaja.
Hunra senyum kepada pekerja yang mahu menyimpan barang itu.
"Maaf cik, boleh tak awak kira barang saya dengan puan ni sekali. Tapi barang puan ni awak asingkan boleh?" Pinta Hunra kepada pekerja itu dengan sopan.
Dia berkira mahu membayar barangan wanita itu. Apa salahnya dia menolong wanita itu. Anggap sahaja dia membantu wanita itu untuk bersedekah. Bersedekah untuk dirinya dan mama.
"Ehh tak payah nak! Aunty boleh bayar sendiri nanti," tegah wanita itu dengan muka terkejut. Terkejut apabila melihat gadis di sebelahnya mahu membayar barang yang di belinya. Segan pula di buatnya. Sudahlah barangnya boleh tahan banyak juga. Kalau di bayar boleh cecah ratusan ringgit juga.
"Tak apa puan, anggap saja saya bersedekah. Saya ikhlas bayarkan untuk puan," ujar Humra sopan. Senyuman di lempar untuk wanita separuh abad itu.
Wanita itu terharu akan kebaikan yang di hulur gadis di hadapannya ini. Sudahlah cantik, sopan dan baik. Dari riak wajah perempuan itu nampak lembut saja apabila di pandang. Jatuh suka pula dia melihat kelakuan perempuan muda itu. Yang paling dia suka adalah anak mata gadis itu berwarna hazel. Cantik sangat.
YOU ARE READING
Mawar Untuk Elhan (SU)
RandomClarissa Humra, seorang wanita ceria yang tidak tahu malu, hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Dengan hanya ibunya yang sakit sebagai keluarga yang tersisa, hidup Humra dipenuhi dengan dugaan besar. Satu...