BAB 3

976 64 19
                                    

SETELAH memakirkan kereta. Humra terus keluar dari kereta lalu ke pergi ke pintu penumpang di belakang. Beg kamera di bawa keluar dari dalam kereta lalu di sangkut di bahu. Pakaiannya hari ini hanya simple saja. Kemeja hitam dan seluar slack khaki. Tudung pula, dia hanya pakai shawl jersey. Simple dan selesa. Hari ni dia ada photoshoot dekat majlis perkahwinan clientnya. Dia datang sejam lebih awal. Dia mahu survey tempat yang sesuai untuk dia ambil gambar nanti.

Dia melangkah masuk ke dalam lobi hotel di mana tempat majlis clientnya di adakan. Tidak sabar pula mahu beraksi sebentar lagi. Humra memerhati sekeliling lobi hotel. Mewah betul. Biasalah, clientnya orang berada jadi tidak hairanlah buat majlis di hotel mewah.

"Cik Clarissa Humra kan?" tegur seorang perempuan yang berdiri di hadapan Humra dengan senyuman manis

"Ya saya," kata Humra lalu mengangguk. Dia membalas senyuman manis perempuan yang menegurnya. Perempuan itu cantik berbaju kurung moden berwarna emerald green. Rambut pula hanya di biarkan lepas.

"Saya Trisha. Kawan Nuha Kaira yang merupakan client Cik Humra. Saya di amanahkan untuk menjemput Cik Humra masuk ke dewan hotel," terang Trisha ramah. Dia di minta untuk membawa photographer yang di upah kawannya pergi ke ballroom.

"Ohh..." Humra mengangguk faham.

"Jom cik kita ke sana." Trisha dengan Humra berjalan beriringan masuk ke dalam dewan hotel di mana tempat majlis resepsi kedua pengantin.

"Cik Humra dah lama ke jadi photographer?" tanya Trisha ramah. Mahu beramah mesra dengan perempuan itu.

"Nak kata lama tu taklah juga, tapi adalah dalam 2 tahun macam tu," jawab Humra lalu senyum. Dia ni jenis cepat ramah dengan orang. Walaupun dia ramah orangnya dia tetap tak ada kawan baik langsung. Dia kawan dengan semua orang. Kalau kawan rapat, dia tak ada. Sebabnya, hanya dia saja yang tahu kenapa dia tak nak ada kawan baik.

Trisha mengangguk faham. "Kira lamalah juga tu cik," ujar Trisha.

"Tak payahlah panggil saya cik. Panggil Hurma je cukup. Kekok pula rasanya panggil macam tu," kata Humra. Sebelum ni pun, dia suruh clientnya cuma panggil namanya saja.

Trisha senyum.

"Baiklah, kalau macam tu awak pun tak payahlah panggil saya cik juga. Panggil Trisha aje." Trisha turut menyuruh perempuan itu berhenti memanggilnya cik.

"Baiklah." Humra angguk kepala.

Dia dengan Trisha masuk ke dalam dewan hotel. Masuk saja, hampir ternganga mulut Humra saat melihat dekorasi dewan yang telah di hias cantik. Cantik. Itu saja perkataan yang terlintas di dalam kepalanya saat melihat dekorasi dewan hotel yang cantik di hias bertemakan Mystical Purple. Setiap rekaan terperinci yang berteraskan warna levender. Centerpiece pula menonjolkan gubahan yang sangat klasik dan nampak hidup dengan bunga-bungaan yang besar dan warna yang harmoni selaras dengan warna tema. Yang menampakan lagi cantik apabila backdrop pelamin pula di tambah dengan chandelier dan gubahan yang menciptakan seperti berada di taman bunga di waktu malam yang di terangi dengan bulan dan bintang.

Humra rasa dia berada dekat taman bunga di waktu malam. Sumpah cantik sangat! Humra tahu yang semua ini bukannya murah. Kalau wedding macam ni rasanya dia kena kerja keras selama 5 tahun baru dapat merasa wedding macam ni. Tapi kalau dah rezeki dapat suami kaya, pergh lagi best. Dapat buat majlis macam ni.

"Humra," bahu Humra di pegang Trisha.

Humra menoleh apabila di panggil.

"Kenapa Trisha?"

"Humra sorry tau. Phone saya tertinggal dekat bilik hotel. Saya kena ambil sekejap," kata Trisha serba salah.

"Okey, awak jangan risau. Saya okey je. Awak pergilah ambil. Saya nak setting barang saya sekejap." Humra senyum tanda tidak mengapa.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now