BAB 24

405 20 5
                                    

HUMRA tergelak apabila mendengar coloteh Trisha dengan Kayla yang sibuk bercerita tentang perangai tiga suku Kasyaf. Mereka bertiga duduk dengan santai di restoran setelah selesai makan tengah hari.

Mereka bertiga bersetuju meluangkan masa di Mid Valley Megamall pada hujung minggu. Hanya mereka bertiga tanpa berteman. Humra sudah awal meminta izin dengan Elhan yang dia mahu keluar dengan Trisha dan Kayla.

Setelah selesai menikmati makan tengah hari di sebuah restoran kegemaran mereka di Mid Valley, Humra, Trisha, dan Kayla beralih kepada perbualan santai sambil menikmati minuman mereka. Suasana restoran itu tenang, dan cahaya matahari petang yang lembut menerangi meja mereka, memberi suasana yang hangat dan damai.

Kayla menghirup sedikit jusnya sebelum memandang ke arah dua sahabatnya.

"Lama kita tak bersembang macam ni, kan? Seronok juga dapat luangkan masa tanpa fikir kerja," ujar Trisha sebaik saja selesai menghisap jus oren miliknya.

Dia duduk dengan santai sambil memerhati Humra dengan Kayla yang turut duduk dengan santai.

"Haah, lama dah kita tak keluar sama. Biasalahkan, masing-masing busy dengan kerja, tambahan pula aku dengan Humra ni dah jadi isteri orang. Kau tahu-tahu jelah kan, kalau dah berkahwin ni. Mana boleh keluar bebas sesuka hati,"  kata Kayla sambil tersenyum nipis.

Humra mengangguk setuju. "Itulah tu, aku pun dah lama tak duduk santai macam ni. Selalu sibuk dengan bakery dan hal-hal lain." Humra turut menyampuk.

Trisha mengangguk sambil bersandar di kerusi, kelihatan tenang. "Aku faham. Kadang-kadang memang susah nak cari masa untuk diri sendiri, apatah lagi untuk jumpa kawan-kawan. Kita semua ada tanggungjawab masing-masing."

Kayla menggeleng kecil sambil ketawa lembut. "Tanggungjawab dan kerja tu memang takkan habis. Tapi penting juga untuk kita recharge macam ni, kan?"

Humra tersenyum sambil memandang kedua-dua sahabatnya dengan rasa syukur.

Trisha tiba-tiba teringatkan sesuatu, lalu tersenyum nakal.

"Eh, korang perasan tak tadi ada waiter tu pandang Kayla macam dia kenal kau? Maybe secret admirer kau kot," kata Trisha lalu memandang Kayla.

Kayla memukul tangan Trisha kuat. "Eh kau! Pandai-pandai je kau. Kalau Ammar dengar apa yang cakap ni memang sudah waiter tu dia kerjakan," bebel Kayla apabila mendengar kata Trisha.

Humra ketawa kecil, menggeleng. "Ke waiter tu usha kau, Trisha?" soal Humra pula dekat Trisha.

"Huh kalau Amizan dengar memang lunyai waiter tu dia kerjakan. Baran dia tu, bukan boleh dibuat main," keluh Trisha saat mengingati Amizan, tunangnya itu. Atau lebih tepat, bakal bekas tunangnya nanti. Dia belum ada kesempatan mahu berbincang tentang hal yang dia mahu memutuskan tunang dengan Amizan kepada kedua orang tuanya.

Humra dengan Kayla terdiam saat mendengar keluhan Trisha tentang Amizan. Mereka berdua tahu tentang hal Trisha yang dipaksa bertunang dengan Amizan atas desakkan keluarga Trisha.

"Sampai bila kau nak bertahan dengan dia?" soal Kayla tidak senang apabila Amizan, menjadi topik perbualan mereka.

"Aku nak putus dengan dia," jawab Trisha tekad.

"Hah? Kau biar betul?" Kayla dan Humra memandang Trisha dengan pandangan tidak percaya.

"Betullah, aku tak bodoh lagi nak hidup dengan lelaki macam tu. Aku rasa sampai masanya aku kena fikir diri aku sendiri," luah Trisha kepada mereka berdua.

Setelah Trisha meluahkan niatnya untuk memutuskan pertunangan dengan Amizan, suasana menjadi lebih serius. Kayla dan Humra berdua melihat Trisha dengan penuh perhatian, memastikan bahawa sahabat mereka memahami hak dan keputusan yang penting ini.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now