BAB 8

964 77 9
                                    

WAJAH pucat mama, Humra pandang lembut. Wajah cengkung mama jelas kelihatan. Kesihatan mama semakin hari semakin merundum. Setiap masa Humra tak akan tinggalkan mama sendirian. Semua kerja dia terpaksa cancel. Nasib baik semua clientnya faham akan situasi yang di alaminya. Bakery mama pula, dia serahkan segalanya dekat pekerja mama.

Jari mama di usap lembut. Tangan dahulunya berisi sekarang sudah kecil. Air mata yang mahu jatuh di tahan sebaik yang mungkin. Dia perlu kuat. Kalau dia tak kuat mama lagi tak kuat nak hadap semua ni. Kepala di dongak ke atas. Kelopak mata yang berair di kerdip beberapa kali mahu menghalang air mata terjatuh dari kelopak mata.

Puan Aileena membuka matanya perlahan. Tangannya yang berada di genggaman Humra di gerak. Humra segera memandang mamanya yang sudah bangun.

"Mama, mama nak apa?" Humra bangun lalu berbisik di telinga Puan Aileena.

Puan Aileena senyum segaris. "Mama nak air boleh tak?" pinta Puan Aileena perlahan.

Humra pantas mengangguk. "Boleh ma, sekejap ya." Humra terus ambil gelas yang sudah di sediakan dia atas meja yang berada di tepi katil. Di tuang air mineral ke dalam gelas hanya separuh saja. "Mama larat tak nak bangun?" tanya Humra.

Puan Aileena mengangguk lalu bangun perlahan-lahan dari baringan. Humra membantu mama bangun. Di perbetulkan kedudukan mama agar selesa. Gelas yang berisi air di atas meja di ambil. Dia membantu mama minum air. Puan Aileena minum air perlahan-lahan.

"Mama lapar tak? Kalau mama lapar Humra boleh beli makanan untuk mama." Air yang meleleh di bibir Puan Aileena, Humra usap lembut. Gelas yang sudah kosong di letak di atas meja.

Puan Aileena menggeleng kepala. "Tak apalah mama tak ada selera nak makan."

"Humra pula dah makan ke?" soal Puan Aileena. Humra geleng kepala tanda belum.

"Humra tunggu mama, kalau mama tak makan Humra pun tak nak makan." Puan Aileena pantas menepuk bahu Humra lembut.

"Kenapa tak makan. Kamu tak payahlah tunggu mama. Mama tak ada selera nak makan. Kamu makanlah nanti perut kamu masuk angin."

Humra menggeleng kepalanya.

"Tak ma. Humra tak nak makan selagi mama tak nak makan."

"Humra..." Meleret suara Puan Aileena memanggil nama anaknya.

"Mama..." Humra tak nak kalah.

"Ish kamu ni, mama tak nak kamu pula yang sakit. Biarlah mama sakit sorang, jangan kamu pula yang sakit. Kalah kamu sakit mama lagi susah hati." Wajah Puan Aileena berubah sedih. Humra pula sudah gelabah.

"Yalah Humra makan tapi mama janji yang mama pun makan sekali dengan Humra." Puan Aileena angguk kepala.

"Ya, nanti mama makan sekali."

"Mama tak kisah ke kalau Humra tinggalkan mama seorang diri dekat sini?" tanya Humra serba salah.

"Mama okey sayang. Kamu pergilah beli makanan. Mama nak makan nasi goreng kampung."

Humra mengangguk. Purse yang berada di dalam drawer di ambil.

"Mama tunggu sekejap. Kalau ada apa-apa mama tekan je button dekat katil mama tu," pesan Humra.

Puan Aileena hanya angguk. Humra pula sebelum pergi, dia mencium dahi syurganya itu. "Humra pergi dulu ma."

Puan Aileena angguk lagi. Dia hanya menghantar langkah anaknya keluar dari bilik wad dengan pandangan mata saja.

SETELAH selesai membeli makanan. Humra terus naik tingkat tiga di mana wad tempat mamanya berada. Dia membeli nasi goreng kampung dengan nasi goreng ayam untuk dia dan juga ibunya. Sampai saja di hadapan wad mama. Berkerut keningnya apabila mendengar suara mama tengak berborak. Mama tengah berborak dengan siapa? Pintu wad peribadi mama di tolak perlahan.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now