BAB 17

1K 58 8
                                    

SUARA azan subuh yang berkumandang dari masjid kawasan perumahannya membuatkan Humra tersedar dari lena. Dia mengeliat kecil sebelum bangun dari baringan. Aileena tersedar dari lena apabila merasa ada pergerakkan dari sebelahnya.

"Amboi, awal betul isteri Elhan ni bangun. Oh lupa, isteri mithali lah katakan," usik Aileena sebaik saja melihat anaknya tengah menyebak rambut panjang ke belakang.

Humra menoleh ke arah mamanya.

"Amboi mama ni, pagi-pagi lagi dah usik Humra." Humra mencebik apabila di usik mamanya.

Aileena ketawa kecil. Dia turut bangun dari baringan sebaik saja azan subuh berhenti berkumandang.

"Dah... Kamu pergilah masuk bilik kamu tu. Kejutkan suami kamu tu. " Aileena pandang wajah anaknya.

"Amboi... Menghalau nampak." Humra mengecilkan anak matanya.

"Memang pun menghalau."

"Eleh.... Yelah, Humra keluar." Humra mencebik lalu bangkit dari duduk.

"Sebelum Humra keluar. Humra nak buli mama sekejap," ujar Humra lalu tersenyum nakal. Dia melangkah ke arah mamanya. Aileena mengerutkan keningnya.

"Alololo... budak kecik ni nak kena gomol ya." Humra terkekeh saat mencubit kedua belah pipi mamanya lembut. Dia melayan mamanya seperti budak kecil.

"Masyamnya budak kecik ni." Tidak cukup dengan itu, dia mencium kedua pipi mamanya bertalu-talu.

"Ya Allah, budak ni. Dia ingat mama ni budak kecik ke nak kena buat macam tu?" Aileena mengeleng kepalanya. Pasrah saja dia saat itu apabila di buli Humra.

Humra ketawa lepas. Awal pagi dia sudah terhibur dengan mama.

"Humra geramlah tengok mama ni, rasa macam nak cubit sampai lebam."

"Ahh jangan nak buang terbiat. Pergi kejutkan suami kamu tu. Jangan nak belagak yang kamu tu anak dara."

"Baik captain!" Makin galak Humra ketawa. Selepas puas membuli mamanya. Dia terus berlalu ke arah pintu.

Biliknya yang hanya bertentangan dengan bilik mamanya di tujui. Sebelum masuk, dia mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu. Pintu bilik di buka sebaik saja dia mengetuk pintu. Buka saja pintu, dia melihat Elhan sudah selesai membersihkan diri. Lelaki itu hanya mengenakan tuala separas pinggang.

"Eh, abang dah bangun? Mawar baru nak kejutkan abang." Humra tersengih kecil.

"Sebelum azan subuh lagi abang dah bangun."

"Oh... sekejap tau abang, biar Mawar yang ambil pakaian abang."

Elhan mengangguk lalu tersenyum nipis. Untungnya ada isteri. Pakaian pun isteri yang sediakan. Humra terus melangkah ke arah wardrobe. Baju Elhan yang sudah di susunnya dengan rapi semalam di ambil. Dia mengambil baju T-shirt berwarna biru tua untuk Elhan.

"Abang nak pakai kain pelikat ke atau seluar je untuk solat?" soal Humra. Dia tidak tahu lelaki itu  suka guna apa untuk solat. Jadi dia bertanya kepada lelaki itu.

"Kain pelikat. Abang biasa guna kain pelikat untuk solat," jawab Elhan. Dia duduk di biral katil. Menanti isterinya mengambil pakaian untuknya.

"Okey." Humra mengangguk tanda faham. Kain pelikat di ambil. Dia juga mengambil pakaian miliknya untuk di bawa ke dalam bilik air.

Setelah mengambil pakaian, dia membawa pakaian yang di ambilnya ke arah Elhan.

"Nah, abang punya." Pakaian di hulur ke arah Elhan.

"Letak dekat atas katil, abang dah ambil wudhuk."

Humra tersenyum nakal. Dah ambil wuduk rupanya. Pakaian suaminya di letak di atas katil.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now