PAGI itu, Humra tiba di bakery ibunya yang telah menjadi tanggungjawabnya sejak beberapa minggu lalu. Langit masih kelabu, dan embun pagi belum hilang dari dedaunan. Wajahnya tampak tenang, tetapi dalam hatinya ada perasaan berat untuk memikul legasi mamanya. Setibanya di sana, aroma roti yang baru keluar dari oven menyambutnya, memberikan sedikit kelegaan.
Setelah Humra melangkah masuk ke bakery itu, Laila, Amina, dan Nura tidak dapat menahan perasaan mereka lagi. Tanpa berkata apa-apa, ketiga-tiga gadis muda itu terus mendekati Humra dan memeluknya erat.
"Kami rindu sangat dengan akak," bisik Laila dengan suara bergetar.
Humra membalas pelukan mereka dengan lembut, merasakan kehangatan dan keikhlasan dalam setiap pelukan.
"Akak pun rindu awak semua," katanya dengan nada penuh emosi. Rindu itu begitu terasa, lebih-lebih lagi setelah pemergian ibunya, Puan Aileena.
Amina menyapu sedikit air mata yang mula mengalir. "Banyak yang dah berubah sejak Puan Aileena pergi... tapi kami cuba yang terbaik."
Humra tersenyum sayu, matanya sedikit berkaca. "Korang semua memang hebat. Akak takkan dapat lakukan ini tanpa awak semua."
Syakir dengan Nazim turut berdiri disisi mereka semua.
"Hai kak," sapa Syakir dengan Nazim dengan ceria.
Humra memandang Syakir dengan Nazim dengan senyuman nipis.
"Hai Syakir, Nazim." Humra turut menyapa.
"Oh ya kak, kita orang nak sambung buat kerja dulu. Pukul 10 pagi nanti bakery dah kena buka, so kita kena siapkan jualan sebelum pukul 10 pagi," ujar Amina apabila menyedari yang mereka perlu siapkan semua menu jualan hari ini.
Humra mengangguk. "Biar akak tolong korang. Lama dah tak beraksi, rindu pula nak buat adunan roti." Humra tersenyum teruja. Teruja dan rindu dalam masa yang sama. Sudah lama dia tidak beraksi membuat roti. Ilmu yang dia ada semuanya atas tunjuk ajar mamanya. Dia selalu membantu mamanya di bakery bila ada masa terluang. Jadi, dia tiada masalah untuk membantu pekerja mamanya menyiapkan segala jenis roti, kek, dessert untuk dipamerkan sebentar lagi di kaunter.
Mereka semua tersenyum melihat keterujaan Humra. Mereka tahu, jauh disudut hati wanita itu ada rasa kesedihan yang dipendam. Mereka hanya mampu mendoakan agar gadis itu sentiasa tabah dan ceria selalu.
Mereka semua masing-masing menyambung kerja mereka semula. Pagi itu, sebelum bakery dibuka, suasana di dapur bakery dipenuhi dengan aroma wangi roti yang baru dibakar. Humra bersama pekerja lain sibuk menyiapkan aneka roti, kek, dan dessert untuk dipamerkan di hadapan kaunter. Laila dan Nura bekerja dengan cekap di sebelah Humra, menyiapkan tart buah dan muffin coklat, sementara Syakir dan Nazim menyusun roti dalam dulang besar untuk dibawa ke depan.
Humra dengan cekap membentuk adunan croissant terakhir, sebelum memasukkannya ke dalam oven. Suhaila yang sedang memotong kek lapis coklat menghampiri, memberi semangat kepada mereka.
"Pastikan semuanya nampak menarik di depan, okay? Pelanggan suka bila nampak pilihan yang banyak," kata Suhaila dengan nada bersemangat.
"Baik mem besar," jawab Syakir dengan Laila serentak.
Humra hanya tersenyum melihat pemandangan tersebut. Rasanya, dia sudah cukup dengan apa yang ada sekarang. Semua pekerja mamanya sentiasa bersemangat dan ringan tulang. Dia bersyukur kerana semua pekerja mamanya mudah menerima arahan tanpa membantah.
YOU ARE READING
Mawar Untuk Elhan (SU)
RandomClarissa Humra, seorang wanita ceria yang tidak tahu malu, hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Dengan hanya ibunya yang sakit sebagai keluarga yang tersisa, hidup Humra dipenuhi dengan dugaan besar. Satu...