DARI jauh Humra sudah nampak Trisha duduk di dalam restoran yang ada di dalam mall. Semenjak terjumpa dekat majlis perkahwinan clientnya dulu, dia dengan Trisha jadi rapat. Beberapa bulan yang lepas dia sewaktu majlis perkahwinan clientnya, dia sempat bertukar nombor dengan Trisha. Trisha sendiri yang minta nombor dengannya. Pertama kali dalam hidup dia merasa rasa ada kawan. Mereka berdua berkawan ke? Entahlah, dia sendiri binggung.
"Sorry Trisha, saya lambat. Jalan jem," kata Humra sebaik saja duduk di hadapan Trisha.
Trisha senyum lalu menggeleng kepala.
"It's okay, saya faham. Lagi pun bukan awak sorang je lambat. Ada lagi yang lambat dari awak," ujar Trisha menyedut air minuman yang di pesannya.
Berkerut dahi Humra. "Maksud awak kita bukan berdua je ke?" soal Humra.
"Haah betul tu, sorry lupa nak bagitahu awak. Khaira dengan suami dia ada sekali. Awak tak kisahkan kalau dorang join kita?" tanya Trisha serba salah. Dia terlupa pula nak bagitahu dekat Humra awal-awal pasal ni.
"Tak apa, lagi banyak lagi best borak." Humra senyum. Tak salah kalau dia berkawan dengan orang lain kan. Dia cuba dan belajar untuk berkawan dengan mana-mana orang. Dia trauma dengan kisah hidup mamanya. Kawan yang di anggap keluarga khianat mamanya dari belakang. Di sebabkan itu dia takut untuk mempunyai kawan. Dari awal lagi dia sudah tahu siapa yang khianat mamanya.
"Sorry beb lambat. Jalan jem," kata Kaira. Dia dengan suaminya duduk di sebelah Trisha.
Mereka duduk di meja panjang yang di pilih Trisha.
"Awak sihat Humra?" tanya Kaira ramah. Mereka juga sudah sedikit rapat. Dia dengan Trisha suka berkawan dengan Humra. Muka innocent tapi perangai boleh tahan kelakar.
"Sihat, masih boleh berlari lagi," seloroh Humra.
Mereka bertiga tergelak mendengar jawapan Humra.
"Humra, Trisha sorry tau. Kawan saya join kita juga. Masa kita orang nak pergi sini dorang tanya dekat mana. Saya jawablah saya nak lepak dengan korang, then dorang nak join sekali. Tak apa ke?" tanya Muammar. Masa on the way nak datang ke sini, Kasyaf call dia tanya dia dekat mana.
"Tak apa, lagi banyak lagi meriah," kata Trisha. Ayat yang Humra guna tadi.
Humra hanya senyum dan angguk saja. Tak akan dia nak kata tak boleh kan?
"Cepatlah Han..." Suara Kasyaf kedengaran merungut.
Serentak mereka berempat menoleh ke belakang di mana suara Kasyaf kedengaran merungut. Tidak semena-mena bibir Humra tersenyum lebar apabila melihat kelibat Elhan dengan Kasyaf. Tak sangka pula dia Elhan join sekali.
"Jalan pun lembab kau ni Han," bebel Kasyaf lalu menarik tangan Elhan agar mengikuti langkahnya.
"Lamanya korang berdua ni." Tegur Muammar. Wajah geram Kasyaf di pandang lama. Geram dengan Elhan lah tu.
"Elhan tu ha, bersiap macam perempuan," rungut Kasyaf lalu duduk di hadapan Muammar. Kerusi di tengah-tengah di biarkan kosong agar Elhan duduk di sana.
Elhan hanya tayang wajah malas. Kerusi yang masih kosong di tarik perlahan. Manusia yang berada di sebelahnya hanya di hiraukan. Humra menjuih bibir sedikit apabila lelaki itu tidak mahu memandangnya.
"Macam lah kau tak kenal si Elhan ni. Bersiap macam perempuan." Giliran Muammar pula yang mengutuk Elhan. Dia sudah masak dengan perangai kawannya yang seorang itu. Kalau bersiap kalah perempuan.
"Bisinglah kodang berdua ni." Elhan menjeling kedua sahabatnya itu.
"Trisha, kau nampak cantiklah hari ni," puji Kasyaf. Matanya memerhati segenap wajah cantik Trisha.
YOU ARE READING
Mawar Untuk Elhan (SU)
CasualeClarissa Humra, seorang wanita ceria yang tidak tahu malu, hidup dalam kesukaran setelah dibuang oleh ayahnya hanya kerana ibunya difitnah. Dengan hanya ibunya yang sakit sebagai keluarga yang tersisa, hidup Humra dipenuhi dengan dugaan besar. Satu...