BAB 28

319 23 2
                                    

USAI solat Subuh berjemaah bersama Elhan, Humra melipat sejadah dengan tenang. Hatinya terasa damai, seolah-olah segala beban yang dipikul selama ini dirigingan oleh detik kebersamaan dengan suaminya. Di pandang suaminya yang sudah duduk menghadapnya itu. Tangan yang dihulur suaminya dia salam dan kucup lembut, tanda dia menghormati suaminya.

Elhan senyum saat bibir lembut isterinya mencium kekura tangannya.

"Humra minta maaf andai Humra ada buat salah dengan abang secara sengaja ataupun tak sengaja. Lagi-lagi pasal semalam. Humra tipu abang. Humra belakangkan abang," ujar Humra ikhlas. Dia meminta maaf untuk keberapa kali. Tidak lekang bibirnya meminta maaf kepada Elhan.

"Abang sentiasa maafkan awak, setiap malam sebelum kita tidur abang selalu maaafkan awak dan redhakan segala perbuatan awak sepanjang hari." Elhan tersenyum manis. Kata-katanya tiada dusta, semuanya benar apa yang dikatanya.

Air mata Humramengalir deras tanpa ditahan lagi. Kata-kata Elhan meresap ke dalam sanubarinya, menyentuh setiap sudut hatinya yang penuh dengan rasa bersalah.

"Kenapa abang terlalu baik dengan Humra?" Humra meraup wajahnya, suaranya bergetar.

Elhan menggeleng perlahan, menarik Humra ke dalam pelukannya. Dia mengusap lembut rambut Humra, memberi ketenangan yang hanya Elhan mampu berikan.

"Kita semua buat silap. Tapi selagi kita teruskan bersama, abang akan sentiasa maafkan awak. Tak ada manusia yang sempurna."

Humra terdiam dalam pelukan itu, merasakan kehangatan dan kasih sayang yang Elhan hulurkan tanpa syarat. Buat pertama kalinya sejak sekian lama, beban di hatinya terasa ringan. Kemaafan Elhan bukan sekadar kata-kata, tapi benar-benar memberikan kedamaian yang Humra tak pernah bayangkan.

Humra leraikan pelukkan mereka. Dia pandang Elhan dengan senyuman nipis. Air mata yang tersisa di kesat lembut dengan senyuman. Dia pandang Elhan yang memandangnya dengan pandangan redup.

"Dulu, Humra selalu berangan nak dapat suami yang mampu buat Humra tenang setiap masa dan Humra selalu pesan dekat diri Humra dulu."

Dia tersenyum manis saat matanya bertembung dengan Elhan.

"Abang nak tahu tak apa yang Humra selalu pesan dekat diri Humra kalau nak cari bakal suami?" tanya Humra dengan tawa kecil.

Elhan tersenyum lalu angguk. "Apa dia, abang nak tahu," ujar Elhan tidak sabar.

"Get a man who's not shy on showing you how he really loves you. A man who will treat you like a princess. A man who will kiss your forehead when you get mad , A man who's far away but never cheated on you. A man who will take care of you when something happened. A man who will make you laugh and smile even you're not in a mood to do so... and pray for you when you become sick. Get a man who has fear to lost you."

Humra pandang Elhan dengan pandangan redup. Dia menarik tangan Elhan lalu telapak tangan suaminya di genggam erat. Erat seperti tidak mahu dilepaskan selama-lamanya.

"Itulah pesanan yang Humra selalu ucap dengan diri Humra kalau nak cari pasangan. Dan sekarang, tanpa Humra sangka. Humra dah jumpa apa yang Humra mahu. Lelaki yang Humra pilih tu adalah abang, Humra dapat rasa semuanya ada dalam diri abang. Sebab tu Humra ..." Humra berheti dari berkata.

Tawanya terhambur saat melihat anak mata suaminya memicing memandangnya.

"Oh faham... Sebab itulah dulu awak tak malu try abang kan?" sakat Elhan dengan wajah jengkel.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now