BAB 6

895 76 23
                                    

SEPERTI yang dia katakan semalam. Hari ini dia bakal ada job untuk majlis makan malam serta majlis perhargaan yang di anjur oleh syarikat Malik's Holdings untuk para pekerja mereka. Humra datang ke hotel Claris's 20 minit lebih awal kerana tidak mahu tersekat fi jalan raya kerana kesesakan jalan raya. Majlis itu bakal berlangsung pada pukul 9 malam. Selepas solat maghrib di rumah, Humra terus bergerak pergi. Dia duduk di salah satu meja sambil memerhati dekorasi hotel milik Tuan Ardin, yang merangkap papa dia sendiri. Cantik. Besar. Semuanya lengkap dan mewah. 

Beg kamera di buka lalu kamera Nikon Z6 di bawa keluar. Sudah tibanya masa untuk dia bekerja kerana sudah ada tetamu yang datang. Humra jongket kening sebelah apabila melihat penampilan tetamu yang tiba. Semuanya cantik dan segak. Syarikat Malik's Holdings telah melangsungkan event di Hotel Claris's.

Humra berdiri lalu memulakan kerjanya untuk menangkap gambar. Dia berdiri di hadapan pentas. Kamera di angkat separas  dagu dan di jauhkan sedikit agar gambar yang di ambil kelihatan sempurna. Untuk permulaan dia hanya mengambil gambar tetamu yang tiba. Humra berjalan di seluruh kawasan dewan hotel sambil mengambil gambar.

"Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput semua hadirin sekalian  mengambil tempat duduk masing-masing untuk menunggu ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Malik's Holdings dan dif-dif terhormat. Mengumunkan ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Malik's Holdings, Tan Sri Al-Malik bersama keluarga dan dif-dif terhormat, para hadirin dijemput berdiri untuk mengalu-alukan kedatangan beliau, top management company dan dif-dif jemputan," ucap Mc untuk permulaan majlis. Para hadirin berdiri bagi memberi hormat kepada pemilik Malik's Holdings.

Dewan hotel gamat dengan bunyi tepukan dari para tetamu. Humra mendekat sedikit untuk mengambil gambar Ketua Pegawai Eksekutif Malik's Holdings. Saat Humra mahu mengambil gambar dia terpegun saat melihat wajah pemilik Malik's Holdings. Seriuslah? Uncle Malik? Pemilik Malik's Holdings? Humra pandang sebelah Encik Malik pula. Aunty Hilda. Masyallah... Kecil betul dunia ni. Saat Humra mahu mengambil gambar dia di tegur Puan Hilda. Mata dia dengan Puan Hilda bertembung.

"Masyallah Humra, kamu ke tu?" soal Puan Hilda. Puan Hilda mendekat, sempat lagi dia menarik tangan Encik Malik agar mengikuti langkahnya.

Humra senyum lalu mengangguk.

"Aunty tak sangka pula Humra ada dekat sini. Humra photographer ke?" soal Puan Hilda saat melihat kamera di tangan Humra.

Humra angguk kepala. "Ya aunty, tak sangka pula jumpa dekat sini." Humra senyum nipis. Naik segan pula dia apabila mereka jadi perhatian orang ramai.

Puan Hilda turut senyum. Kecil betul dunia. Dia terlupa akan majlis yang masih berjalan dan menjadi perhatian para tetamu kerana dia teruja dapat berjumpa dengan gadis yang pernah menolongnya. 

Encik Malik ataupun nama yang lebih gah Tan Sri Al-Malik. Encik Malik tidak berapa suka apabila orang mengenalinya sebagai Tan Sri. Dia lebih suka orang memanggilnya Encik Malik berbanding Tan Sri Malik kerana dia tidak mahu di orang takut bercakap dengannya. Dia lebih suka di panggil Encik Malik. Kedenganran lebih santai saja. Dia hanya menggeleng kepala lalu tersenyum melihat gelangat isterinya.

Encik Malik pandang sekeliling dewan. Ramai yang memandang ke arah mereka. Dia turut terlupa dengan majlis sudah berjalan.

"Sudahlah Hilda. Kita ni dah jadi tumpuan ramai tau. Majlis baru je mula dah jejak kasih."

Humra tergelak kecil mendengar kata-kata Encik Malik. Puan Hilda mencebik mendengar kata-kata suaminya.

"Hilda teruja abang bila dapat jumpa Humra," ujar Puan Hilda.

"Humra pun aunty, tapi sekarang ni aunty dengan uncle jadi perhatian orang tau. Majlis baru je mula dah jejak kasih."

"Okeylah Humra. Uncle dengan aunty pergi dekat sana dulu ya. Lepas majlis selesai kita jumpa lagi." Encik Malik senyum.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now