Bab 3

293 44 4
                                    

BUK!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUK!

Ufaira terhentak bila terasa ada sesuatu yang melompat kena tangannya. Pandang bawah, ada bola tengah bergolek. Dia gosok tangan kanan dengan tangan kiri. Dia tunduk dan ambil bola dibawa ke dalam genggaman.

"Sorry kak, Ufaira."

Senyum. "Nanti jangan main baling tinggi-tinggi bola. Takut kena kepala kawan-kawan." Dia serahkan bola pada kanak-kanak lelaki yang menegurnya.

"Okey kak."

Dah petang, dan waktu balik juga hampir tiba. Ada tinggal beberapa kanak-kanak lagi yang menunggu untuk dijemput ibu bapa mereka. Getah paip yang digunakan tadi untuk siram pokok bunga digulung sebelum diletakkan sebelah batang paip. Dia lap kedua tangan basah pada baju. Kaki dibawa melangkah ke kerusi batu sebelah taman permainan, dan duduk. Melihat dan menunggu kalau-kalau ada kanak-kanak yang dah nak balik. Sebab kadang-kadang cikgu dekat dalam kelas terlepas pandang. Maklum la banyak benda yang nak dibuat, dan dia sendiri pun tak rasa terbeban nak tolong tengokan mereka.

Dalam pada menunggu itu tiba-tiba teringat pada lelaki yang meminta tolong dengannya. Lupa pula nak tanya nama pada tuannya, dan lupa juga nak tanya pada Melur. Apa la agaknya lelaki itu buat? Macam tak percaya dia masih boleh melihat sosok tak wujud itu. Seingat dia, sudah bertahun dia tak diganggu selepas berubat. Kenapa? Kalau nak fikir memang banyak jawapan.

Tapi sekarang ini, apa yang dia boleh tolong lelaki itu? Dan kenapa dalam banyak-banyak manusia, kenapa mesti dia yang terpilih oleh Allah untuk membantu lelaki itu? Mesti ada sesuatu yang Allah nak dia tahu atau belajar, mungkin?

Mata Ufaira memandang sekeliling dan kembali memandang ke dalam masjid dari luar pagar. Mana pula pergi lelaki itu... Ish! Duduk berdiri dekat sini dengan terhendap-hendap, dah macam gaya pencuri nak ambil tabung masjid. Kalau kena tangkap buat malu je. Bukan tak nak masuk, tapi dia sekarang uzur. Rasa tak selesa pula masuk kawasan masjid dengan keadaan macam ini. Lagipun kalau dia cari dekat dalam, entah entah lelaki itu mencari dia dekat luar. Jadi lebih baik dia menunggu dekat sini.

"Aku dekat sini."

Suara dari arah belakang itu buatkan, Ufaira menoleh. Wajah lelaki itu masih tenang walau nampak jelas suramnya.

Bahzi tarik hoodie yang menutup kepala ke belakang lepas. Satu tangan masih setia dalam saku baju sejuk. Tangan lagi satu dibawa berlari celah rambut dekat kepala.

Ingatkan dah hilang. Ufaira betulkan tote bag dekat bahu. "Aku dah tahu macam mana nak tolong kau."

"Ye ke?" Muka suram tadi bertukar riak.

"Secara terperinci aku tak tahu la betul ke tak cara aku ini. Tapi lebih baik kita cuba kan. Itupun kalau kau setuju la."

"Apa dia?" Dia tak kisah, apa pun sanggup dia buat, asalkan dapat sedar balik.

"Kau jangan gelak pula."

Angguk. Walaupun dalam hati rasa tak sedap hati dan kepala pula mula fikir yang wanita ini akan buat yang bukan-bukan. Bahzi, apa saja pilihan yang kau ada?

( OG) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now