"Cortez, awak kena tolong saya. Pergi ke Xelland dan cari maklumat pasal Ufaira."
***
3 bulan kemudian.
Malam itu Ufaira tak boleh tidur. Gelisah. Bukan sebab dia demam. Tapi entah kenapa satu hari ini semua benda jadi tak kena. Semua perkara nak di marah nya.
Suatu ketika dia terlelap juga setelah berperang dengan emosi sendiri. Tetapi tidurnya tidak tenang. Fikirannya penuh dengan kejadian-kejadian yang berlaku dulu.
Saat itu terasa dia berjalan di atas rumput yang diselimuti kabus tebal. Sayup kedengaran suara daun bila ditiup angin. Namun di antara kesunyian itu, dia merasakan kehadiran seseorang.
Mata Ufaira mengecil cuba mengecam susuk tubuh seseorang yang baru muncul di sebalik kabus tebal. Bahzi. Senyuman dan tatapan mata lelaki itu tak berubah.
"My hantu?" Suara Ufaira gementar. "Kau... Macam mana kau boleh muncul dekat sini?"
Bahzi tersenyum sambil melangkah menghampiri nya. "Aku tak pernah cakap aku akan pergi dari kau."
"Jiwa aku akan selalu bersama kau dan menjaga kau."
Mata Ufaira mula bergenang. Dia tahu ini hanyalah mimpi. Tapi entah kenapa kewujudan itu terasa nyata.
"Kau janganlah sedih. Kau patut gembira dapat jumpa aku lagi."
Ufaira turun dengan kedua lutut di rumput. Kepalanya tunduk sambil menutup muka dengan kedua telapak tangan. "Kau jahat! Kau muncul selepas aku cuba lupakan kau. Sekarang macam mana? Kau jahat." Mana tak geram, sejak 3 bulan lepas dia berlakon tak apa-apa.
Tangisan Ufaira semakin mendayu. Bahzi turut tunduk dengan satu lutut di rumput dan satu lutut lagi tegak. "Hei, sweetdream. Kau tengok ini."
Kepala Ufaira geleng beberapa kali.
"Ummu Ufaira, my sweetdream. Tengok sini."
Dengan perlahan Ufaira angkat kepala dan melihat, Bahzi.
"Tu." Bahzi tunjuk dengan tangan ke arah kanan nya.
Mata Ufaira turut melihat ke arah yang sama. Ada nampak sebuah buku di atas rumput. Reka bentuk dan warna seperti yang selalu dia ingat. Dia pandang Bahzi kembali. "Ini buku diari aku."
Bahzi angguk dengan tenang. "Kau tengok lah dalam itu."
Dahi dan kening Ufaira berkerut tak faham. Dah kenapa nak suruh dia tengok diari sendiri?
Kabus di sekeliling semakin memudar, dan Ufaira tahu bahawa waktu mereka berjumpa dah tak lama. "Kau muncul hanya sebab ini je?"
Bibir Bahzi senyum nipis mendengar soalan, Ufaira.
YOU ARE READING
( OG) HANYALAH DIRIMU (BAHZI ISA)
Mystery / ThrillerHanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira