Bab 14

157 30 3
                                    

"Cik Ufaira?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cik Ufaira?"

Mata Ufaira yang tertutup bergerak perlahan.

"Cik Ufaira?"

Dia kenal suara itu. Cortez. Namun mata terasa memberat untuk dibuka. Dia mimpi? Bukan ke tadi dia nampak makhluk lain?

"Ara. Ara, okey tak ini?" Suara Ubai yang kerisauan. Tadi dia dah balik tapi tiba-tiba tiada bekalan elektrik. Risaukan keadaan, Ara. Membuatkan dia kembali.

Angah. Itu suara angah. Tapi dia tak boleh bergerak sebab kepala terasa berdenyut. Dengan payah mata dipaksa buka namun tertutup kembali. Silau.

Cahaya terlalu terang. Cortez yang seperti memahami keadaan dengan cepat menutup langsir sedikit. "Sekarang cik Ufaira dah boleh buka mata."

Dengan perlahan mata Ufaira dibuka. Kelihatan Ubai duduk di sofa satu. "A-Angah..."

"Ara buat angah risau. Ara pengsan malam tadi."

Pengsan? Patut la terasa sakit sangat kepala ini. "Ara..." Ufaira angkat tangan kanan dan cuba menyentuh kepala sendiri. "Tadi Ara nampak..."

"Tak perlu cerita. Angah tahu."

Angah tahu? Kepala Ufaira pusing pula memandang wajah, Cortez. Minta penjelasan.

"Malam tadi memang  tiada elektrik. Tapi tak lama dalam 8 minit macam itu. Dan hanya di tingkat kita. Saya keluar nak cari  bantuan dan bila saya kembali ke sini saya nampak cik Ufaira berlari keluar dari bilik."

"Tak... Lama." Ufaira geleng kepala. "Bagi Ara, tiada elektrik lama sangat. Dalam pada itu Ara dengar macam-macam bunyi. Suara siulan, suara memanggil nama Ara. Ara takut." Ufaira cuba mengingati apa yang jadi.

"Ara..." Ubai menggosok perlahan tangan sendiri dalam genggaman. "Kita balik Xelland."

Dahi Ufaira berkerut. Tak faham apa yang baru diberitahu Ubai.

"Dekat sini dah tak selamat untuk, Ara."

Ufaira cuba bangun lalu duduk. "Apa angah cakap ini."

Cortez yang turut tak faham hanya diam mendengar.

"Tempat kita di Xelland. Jadi kita kena kembali ke sana. Terlalu lama dan makhluk itu dah berjaya cari Ara."

"Angah.. Angah tahu makhluk itu cari Ara?" Makin sakit kepala jadi nya bila dapat maklumat separuh-separuh ini.

Ubai terdiam.

"Angah?"

"Dah sampai masa angah cerita kan pasal semua ini jadi."

Kali ini Ufaira pula yang diam dan bersedia mendengar.

"Ara kata Ara mimpi pasal budak yang dikejar dalam hutan itu kan?"

"Itu bukan sekadar mimpi angah. Kan Ara dah cakap budak itu adalah Ara. Dan Ara yakin memang melalui saat itu."

Ubai angguk. "Betul. Itu Ara." Dia tak menafikan. "Ara ingat apa jadi waktu itu?"

( OG) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now