Bab 25(Xelland)

172 24 0
                                    

Masa sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masa sekarang.

Xelland.

Hari ini langit tak seceria selalu. Awan gelap menandakan bumi Xelland akan dilanda hujan.

Ufaira berpaling melihat ke bawah. Dari tingkap bilik yang terbuka. Kelihatan beberapa orang tukang kebun sedang menanam bunga baru yang lebih segar.

Bunga sedia ada, yang mana rosak dibuang. Yang mana elok dijaga dengan lebih baik.

Kepala kemudian beralih memandang ke arah pintu gerbang atau bahasa mudah nya, pintu pagar istana.

Teringat waktu kali pertama dia jejak kan kaki ke istana. Pintu pagar itu yang mengubah segalanya. Melangkah masuk saja, dunia dia bukan lagi main-main.

Seperti sedia maklum. Melangkah saja dia masuk ke istana. Dia bukan lagi Ummu Ufaira yang biasa. Dia Puteri Ummu Ufaira, bakal pengganti Raja Negara Xelland.

Di sini mesti segala tindakan nya akan di awasi. Dia dah tak boleh bermain, dan impian nya sendiri? Mungkin akan terkubur.

Raja dan Permaisuri Negara Xelland mencemar duli menerima kepulangan nya di hadapan pintu istana.

Kedua wajah itu masih sama yang berbeza hanya usia. Usia yang semakin lanjut membuatkan garis-garis penuaan jelas kelihatan di wajah mereka.

Ufaira tak tahu perasaan nya sekarang ini. Gembira? Sedih? Sesiapa yang berada di tempat nya juga akan keliru dengan emosi sendiri.

Bonda melangkah perlahan menghampiri nya. Yang masih tak berganjak kerana gementar. Dan ayat pertama yang dia dengar...

"Maafkan bonda, sayang."

Mereka saling berpandangan. Anak mata bonda sudah bergenang air mata. Dengan perlahan tangan itu cuba meraih tangannya.

"Terima kasih sebab pulang. Maafkan bonda. Bonda tahu ucapan maaf ini tak akan mampu menebus dosa kami sebab biarkan Ara. Tapi percayalah, kami sendiri terseksa selama ini menanggung rindu."

Ara hanya diam meski air mata sendiri hampir gugur. Entah nak dimarah atau rasa terharu dia pun keliru.

Dengan perlahan dan berhati hati bonda menariknya ke dalam dakapan. Kepalanya disuap lembut.

Entah kenapa tiba-tiba terasa diri sendiri kecil sangat. Tapi pada masa yang sama rasa dilindungi. Kasih sayang itu dia dapat rasa masih sama kehangtannya.

"Ara... Puteri ayahanda." Suara itu memecah kesuyian tadi.

Dan sentuhan lembut ayahanda di belakang badannya membuatkan Ufaira menitiskan air mata. Terasa jurang yang besar pada mulanya hilang sekelip mata. Dia hanya anak kecil yang merindui dibelai.

( OG) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now