BERBAKI masa kurang dari sebulan sahaja lagi sebelum peperiksaan SPM tiba. Awani sudah tidak lagi bermain-main dan hanya mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap ulangkajinya.
Alfi juga sudah kurang mengusik Awani. Mood ketua kelasnya kembali dihidupkan. Kebanyakan masa lelaki itu kini dihabiskan dengan mengajar rakan sekelasnya yang lemah dalam beberapa subjek seperti Matematik Tambahan dan Fizik.
Selain daripada subjek itu, mereka mencari mentor lain untuk diajarkan subjek yang mereka lemah.
Khairul untuk subjek Biologi.
Izlyn dan Izryn untuk subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Xiao Liu untuk subjek Sejarah.
Dan Awani bagi subjek Kimia.
Mentee Awani terdiri daripada enam orang pelajar perempuan dari geng The Sisters dan The Princesses. Walaupun mereka sering bertikam lidah, tetapi kedua kumpulan ini sangat patuh ketika Awani menjalankan kelas tutor tidak berbayarnya.
“Bila kita baca perkataan ‘termo’ apa yang singgah dekat kepala kita?” Tanya Awani menggariskan lima huruf itu di papan hitam.
Kelas tambahan mereka petang itu adalah untuk subjek Kimia bab tiga dengan topik Termokimia. Ramai yang masih tidak faham dengan konsep perubahan haba tersebut jadi Awani perlu mula dari pengenalan.
Zunirah menjawab pertanyaan Awani.
“Termometer.”
Awani tersenyum kecil.
“Betul. Fungsi termometer adalah untuk sukat suhu. Jadi bila kita dengar perkataan termokimia, kita tahu ia adalah kajian yang melibatkan perubahan haba dalam tindak balas kimia. Kita akan banyak gunakan termometer sepanjang topik ni.” Awani memberi mukadimah.
Enam kepala mengangguk serentak dengan penjelasan Awani. Cukup mereka faham bahawa topik ini banyak melibatkan bacaan suhu dan konsep haba.
Tangan Awani yang memegang kapur putih melukis dua garisan bercabang dari perkataan termokimia di tengah-tengah papan hitam. Di bahagian kiri, Awani menulis istilah kimia yang terdapat di dalam topik tersebut.
Eksotermik.
“Ada dua tindak balas haba dalam termokimia iaitu eksotermik dan endotermik. Eksotermik adalah istilah yang digunakan apabila berlaku pembebasan haba ke persekitaran dalam tindak balas kimia. Contoh, bila kita bakar lilin. Kita akan rasa panas kan bila kita cucuh sumbu dengan api?” Soal Awani memandang setiap rakan sekelasnya.
Mereka mengangguk kecil.
“Jadi haba panas yang kita rasa tulah tindak balas eksotermik.” Tutup Awani padat.
Di saat dia ingin menulis perkataan endotermik di cabang sebelah kanan, Amelia tiba-tiba bertanya.
“Eksotermik dalam bahasa Inggeris eja macam mana, Awani?”
Sebelah kening Awani terangkat kecil. Hairan kenapa gadis itu bertanya soalan demikian. Namun dia tetap menjawab pertanyaan Amelia sekaligus menulis ejaan bahasa Inggerisnya di papan hitam.
Dalam kurungan, Awani menulis exothermic.
“EXO! Jadi maksud exo tu hot rupanya!” Seru Amelia sembari terkekeh lucu.
Awani berkerut kening.
“Salah tu, Amelia. Exo bermaksud external. Luaran. Bukannya panas.” Perbetul Awani kerana menyangka gadis itu salah faham.
Namun Amelia menggeleng laju.
“Bukan! Maksud aku, EXO kumpulan K-pop tu! Jadi lepas ni kalau kita nak ingat eksotermik tu apa, kita fikir hot! Macam EXO!” Ujarnya bersama sengihan di bibir.
![](https://img.wattpad.com/cover/358007551-288-k259734.jpg)
YOU ARE READING
PENOLONG KETUA KELAS [OG]
Teen Fiction𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 Penolong Ketua Kelas by honey_buzz. ✓ Teen Fiction ✓ School Life ✓ Slice Of Life ✓ Drama 『✎ Start : 2.8.2024』