BAB 14 - CERAI

1K 68 12
                                    


______________________________

MASING-MASING x BOHONGI HATI

______________________________

AFEEFA mendakap tubuh bayi kecilnya.

"Anak ibu..."

Dahi mulus itu dikucup lama. Penantiannya berakhir. Aysar Eidlan akhirnya ditemui. Dia bersyukur Ariana menjaga bayinya dengan baik selama ini selama 4 bulan ini.

Raut wajah anaknya dipandang. Wajahnya peris Hadif. Matanya berwarna hazel, rambutnya coklat keperangan, bibir kecilnya merah delima, kulitnya putih bersih.

Hanya lesung pipitnya yang berada di sebelah kanan, Hadif punya lesung pipit di sebelah kiri.

"Penat-penat ibu lahirkan awak, awak copy paste muka ayah awak" ujar Afeefa sambil mencuit hidung si kecil.

Matanya terpandang tahi lalat kecil yang berada di puncak hidung si kecil itu.

"Eh, tahi lalat kita sama..." Afeefa teruja bila ada juga persamaannya dengan Aysar.

Mata bulat si kecil memandang mata si ibu, kemudian dia tersenyum bagaikan faham perasaan ibunya.

Mata Afeefa berkaca, dia mengemam bibir.

"Kembar Aysar...."

"—muka dia macam ibu..." rambut Aysar dibelai lembut.

"Ibu rindu adik Aysar sangat-sangat..."

Menitis air matanya ke pipi. Afeefa gagal mengawal emosinya.

Rambut bayinya diusap lembut.

"Ibu akan jaga Aysar baik-baik. Ibu takkan tinggalkan Aysar lagi.."

"Ibu janji..."

Tekadnya, dia akan jauhkan Aysar dari Hadif. Dia tidak mahu Aysar jadi seperti Hadif.

"Ibu akan pastikan awak selamat dari ayah awak"

Serentak itu, bayi kecil itu menangis.

"Ibu taknak dia pukul Aysar macam mana ibu pernah kena dulu..."







————————

"Saya nak kita bercerai."

Hadif terkedu. Baru tiga minggu dia disini, menunggu sang isteri datang melawat. Punyalah dia teruja Afeefa mahu berjumpa dengannya.

Rupanya mahu berpisah.

"Awak dah janji Lea!"

"Awak dah janji takkan tinggalkan saya jika saya penuhi syarat awak!"

Suara Hadif meninggi. Matanya merah.

Afeefa menahan seribu rasa. Melihat keadaan Hadif yang semakin tidak terurus dan kurus buatkan dia serba salah. Dia tahu dia kejam, tetapi ini adalah yang terbaik untuk dia dan Aysar.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Where stories live. Discover now