SATU TAHUN KEMUDIAN
"Saya terlalu bencikan awak Hadif... saya benci tengok muka awak! Saya benci semua tentang awak!"
"Abang Hadif tak pernah curang.. dia tak pernah sentuh Feen"
"Abang Hadif terlalu cintakan akak.."
"Hadif dah banyak menderita dari kecil. Kami reda jika dia tidak pulang ke sini demi bahagia dia. Kami nak dia bertenang, biarkan dia pulih dengan cara dia sendiri. Biarkan dia rawat jiwanya."
"Hadif sakit. Terlalu sakit"
"Percayalah.. Hadif hanya cintakan Efa seorang. Ibu saksi macam mana dia menderita selepas kalian bercerai. Dulu pun dia sanggup serahkan diri pada polis sebab dia terlalu rasa bersalah pada Efa. Dia tak boleh maafkan diri dia selagi Efa belum maafkan dia. Dia terseksa setiap kali teringat apa yang dia lakukan pada Efa dulu.."
"Ibu minta sangat-sangat Efa maafkan anak ibu ya? Ibu tak minta Efa kembali pada dia, cuma maafkan dia. Dan.. beri peluang pada Hadif untuk jadi ayah Aysar"
"Cik Efa.."
"Cik.."
Afeefa tersentak dari lamunan panjangnya. Dia meraup wajahnya. Kerap kali dia termenung memikirkan Hadif. Sudah setahun berlalu, namun hatinya masih belum melupakan si dia.
Dia menoleh ke tepi melihat Sarah, pekerja baru cafe ini. Pekerja lama banyak yang sudah berhenti dan berganti dengan yang lain. Pekerja lama yang masih setia dengannya hanyalah Ahmad seorang. Yang lain berhenti sambung belajar dan dapat kerja lain.
"Ya?"
Dalam tak sedar, cafe yang bernama De'Lea Cafe ini sudah setahun lebih menjadi miliknya sejak Hadif serahkan hak milik cafe kepadanya.
Syukur, cafe kecil ini akhirnya berjaya menarik tarikan orang ramai sejak kuasa viral media sosial. Hasil daripada itu, lebih banyak menu dikeluarkan dan dia boleh menggaji ramai pekerja.
Mudah untuk dia, tidak perlu datang awal dan balik lewat seperti selalu kerana pekerja sudah ramai. Dia hanya datang untuk memantau sahaja.
"Cik Efa, ada orang nak jumpa"
"Si-siapa?"
Hati Afeefa berdebar. Adakah Hadif datang?
"Encik Fadil, influencer tu.."
"Ouh.." bahu Afeefa jatuh.
Hatinya berasa sedikit kecewa kerana orang itu bukan yang orang yang dia harapkan untuk menemuinya.
Kenapa dia masih mengharap si dia untuk muncul dan menemuinya lagi? Sudah satu tahun sejak kejadian itu, Hadif menghilangkan diri. Bahkan sewaktu hari raya pun, Hadif tidak pulang ke rumah mertuanya.
Mertuanya tidak pula beriak sedih. Mereka malah menjemputnya datang ke rumah selalu bersama Aysar. Wardah memberitahu yang Hadif memang sudah lama tidak balik ke rumah itu, jadi tidak perlu dia risau untuk kesini lagi.
Hatinya meronta-ronta untuk tahu kehidupan Hadif sekarang. Kali terakhir dia lihat Hadif, badan lelaki itu sangat kurus. Sakitkah dia? Sekarang sihat ke? Mahu stalk Hadif di media sosial? Lelaki itu tiada akaun media sosial langsung dari dulu. Entah bagaimana kehidupan lelaki itu sekarang.
Jujur Afeefa katakan, dia sedikit bersalah kerana memperlakukan Hadif begitu. Walaupun bukan sepenuhnya salah dirinya, tapi Afeefa tetap rasa layanannya pada Hadif ketika Hadif cuba memujuknya amatlah teruk sedangkan Hadif benar-benar mencintainya dan sudah insaf.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomansSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...