BAB 10 - MENGAMUK

1.2K 85 18
                                    

HADIF mengagau tangannya. Dia membuka matanya apabila terasa ruang di sebelahnya kosong. Bibirnya mengukir senyuman apabila mengingati peristiwa semalam.

Dia bangun duduk melihat Afeefa yang sedang solat subuh. Dia bingkas bangun untuk mandi dan solat di bilik sebelah.

Selesai sahaja solat, dia masuk semula ke dalam bilik Afeefa. Dia mahu memujuk Afeefa tinggal di rumah mereka semula. Mahu mulakan hidup baru.

"Hi, morning.." ucap Hadif ceria. Dia memeluk tubuh Afeefa dari belakang.

Namun Afeefa hanya diam. Dia meleraikan pelukan Hadif dan berura-ura untuk keluar.

"Lea? Awak okay?"

"Saya nak turun bawah, sediakan sarapan" balas Afeefa dingin.

"Tunggu dulu." Hadif menarik tangan Afeefa.

Afeefa mendengus. Dia menarik kasar tangannya. Hadif bersikap positif, mungkin Afeefa masih malu dengan peristiwa semalam.

"Memandangkan hari ini kita berdua cuti, apa kata kita balik ke rumah kita? Dah lama awak tak balik rumah sana. Saya rasa lebih baik kita balik rumah kita semula–"

"No"

Dahi Hadif berkerut. Oh mungkin Afeefa masih belum bersedia untuk berpisah dengan ibunya. Mereka terlalu rapat.

"Tak apa, ambik masa awak.. Bila awak dah bersedia, kita balik rumah kita ya."

"Saya takkan balik ke rumah awak lagi, Hadif. Sama ada saya akan tinggal di rumah mak ayah saya atau rumah saya dulu. TANPA awak"

Hadif tidak mengerti. Mengapa Afeefa masih dingin dengannya? Bukankah mereka sudah berbaik?

"Jangan ingat kita dah berbaik Hadif. Saya masih belum terima awak"

Hadif terpampang. Rasa tertampar dengan kenyataan Afeefa.

"Apa yang terjadi semalam tu? Bukan bermakna awak dah terima saya ke?"

Afeefa diam. Dia memandang ke arah lain.

"Awak yang rela Azalea.." Hadif cuma mengingatkan kembali perkara semalam. Atau lebih tepat, Afeefa yang menggodanta semalam.

Muka Afeefa membahang.

"Cukuplah awak tahu yang itu balasan sebab teman saya waktu gelap semalam."

Hadif bingung.

"Macam yang awak cakap dulu. Saya ni tiada nilai. Cukup tubuh saya sebagai balasan untuk puaskan batin awak. Terima kasih sebab temankan saya semalam"

Hadif diam seketika. Hatinya begitu kecewa dan sakit. Dia tidak tahu mahu beriak bagaimana.

"Awak tahu yang takkan minta balasan apa-apa pun kan?... Saya ikhlas jaga awak. Itu tanggungjawab saya supaya lindungi isteri saya sendiri!" Suara Hadif bergetar. Tergamak Afeefa menganggapnya lelaki yang terdesak mahukan nafsunya dituntut.

"Semua yang berlaku semalam tu tanpa perasaan ke?"

Afeefa tidak membalas.

"Macam mana kalau awak pregnant lepas ni? Saya kena bertanggungjawab untuk baby tu. Baby tu hak saya juga."

"Saya dah makan emergency pil"

Kata-kata Afeefa meranapkan lagi hati Hadif.

"K-kalau saya tahu, saya takkan sentuh awak semalam Azalea. Hina sangat ke saya ni? Awak fikir saya ni apa Lea?"

Afeefa menahan tangis. Dia mengenggam tangannya.

Selepas sahaja Hadif keluar, Afeefa melepaskan pekung di dada. Dia menangis semahu-mahunya.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Where stories live. Discover now