AFEEFA memandu pulang ke rumah. Sebelum itu dia mahu berkunjung ke rumah mertuanya untuk mengambil Aysar disana. Hari ini dia hantar Aysar disana kerana ibu mertuanya sudah merinduinya cucunya. Lagi pula sudah lama Aysar tidak berjumpa dengan keluarga mertuanya. Mujur Aysar tak banyak ragam dan masih kenal mereka. Sudahlah Aysar jenis tak suka jumpa orang yang tak kenal.
"Terubat rindu ibu dengan papa bila lihat Aysar."
Kata-kata ibu buatkan Afeefa rasa terpukul. Sudah setahun lebih berlalu, Hadif masih hilangkan diri kerananya. Pasti mereka sangat merindui Hadif.
Hadif pergi sebab dia. Itu yang buat Afeefa rasa bersalah. Sudahlah Hadif itu anak tunggal dan dia baru kenal dengan ibu kandungnya selama dua tahun sahaja. Sudah pastilah ibu sangat sedih.
Afeefa bukan sahaja pisahkan Aysar dengan Hadif, malah pisahkan Hadif dengan ibu bapanya sendiri.
Satu-satu persatu rahsia terbongkar. Dia baru tahu yang Hadif pernah didera secara seksual oleh ibu tirinya dan kekasih ibu tirinya. Dia jatuh kasihan pada Hadif.
Kenapa Hadif tidak pernah bercerita? Ya dia tahu Hadif pernah dipukul oleh ibu tirinya. Dia pernah nampak kesan parut pada tubuh Hadif. Tapi di tak pernah tahu yang Hadif didera dari umur 4 tahun dan pernah dibesarkan secara jijik oleh mereka.
Tentang apa yang Camelia dan Irwan lakukan pada Hadif buatkan darah Afeefa menggelegak. Mereka memaksa Hadif melihat hubungan jijik mereka di atas katil. Tidak malu kah Camelia dan Irwan?
Macam-macam lagi deraan seksual yang mereka lakukan pada Hadif sewaktu kecil sehingga remaja. Sangat menjijikkan.
Camelia bijak. Dia butakan mata semua orang dengan memberikan Hadif hidup mewah. Dia buat Hadif menyayanginya walaupun dia kejam. Dia selalu mengatakan dia sayang Hadif. Dia seorang yang manipulatif dan berjaya brainwash Hadif.
Jiwa dan tubuh Hadif telah dihancurkan dari kecil.
Tegarnya Camelia buat Hadif begitu hanya kerana terlalu bencikan Wardah.
Menjawab salah satu persoalan Afeefa tentang mengapa Hadif begitu. Lelaki itu seperti gila seks dan sadisme sampaikan Afeefa takut setiap kali Hadif menyentuhnya. Kadang-kadang sahaja Hadif menyentuhnya lembut.
Mungkin penderitaannya sewaktu kecil buatnya begini. Kesannya bukan sahaja buat mangsa trauma dan menderita tapi boleh buatkan mangsa mungkin akan buat perkara yang sama kepada orang lain.
Dalam kes Hadif, mungkin sebab itu dia mengelakkan diri dari berkawan dengan orang lagi-lagi dengan perempuan. Mungkin dia mahu jauhkan diri dari lakukan perkara gila atau dia rasa dirinya tidak layak dan jijik pada dirinya sendiri. Itu yang Afeefa dapat simpulkan.
Pasti Hadif sangat trauma. Pantaslah Hadif tidak suka bila dia bertanya tentang parut itu dan kadang-kadang Hadif kelihatan sangat manja. Seperti anak kecil yang mahukan perhatian.
Dia tahu perkara itupun selepas Wardah terlepas bicara yang Hadif menghidapi PTSD. Namun Qayyum pantas menghalang Wardah dari terus bercerita lebih-lebih. Kata Qayyum, itu hanya kisah buruk Hadif. Qayyum tidak mahu dia berbalik pada Hadif hanya kerana simpati.
Kenapa dia tak sedar perkara itu selama ini? Kenapa Hadif kelihatan normal sahaja padanya?
Sudahlah nasib Hadif malang. Dia pula bodoh buat rancangan memalukan Hadif. Pantaslah Hadif berdendam dan bencikan dia.
Mungkin kerana terlalu memikirkan Hadif, Afeefa datang ke sini. Sedar-sedar sahaja keretanya telah berhenti di hadapan rumah mereka dahulu.
'Rumah untuk dijual'
ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...
