BAB 9 - HUJAN

1K 63 16
                                    

"Encik..."

Tok tok tok...

"Encik..."

Satu suara berserta bunyi ketukan pada cermin tingkap menyedarkannya dari lena. Hadif mencelikkan matanya, dia mengosok mata melihat sosok lelaki tua yang mengejutkannya.

Lantas, Hadif bangun menurunkan cermin tingkap kereta.

"Encik okay ke? Saya tengok dah lama enjin kereta ni terpasang. Ingat encik pengsan"

Hadif memandang keliling. Baju kemejanya sudah bertukar, dia meraba kepalanya yang memakai topi.

"S-saya okay pakcik. Terima kasih kejutkan saya"

"Kalau macam tu, pakcik pergi dulu ye.. hati-hati memandu"

"Baik pakcik. Terima kasih"

Selepas saja lelaki tadi pergi Hadif masih terpinga-pinga. Dia melihat pergelangan tangannya.

Tiada jam tangan.

Pelik. Selalu dia pakai jam tangan.

Dan kenapa keretanya bersepah? Baju kasut dicampak di belakang seat, plastik makanan bawah seat.

Tak lain tak bukan.

"Qal!"

Hanya Qal yang suka menyepahkan barang dia. Si budak pemalas!

Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar. Sudah pukul 11.30 malam!

"Ya Allah! Lamanya aku tertidur!"

Kepalanya diraup.

Banyak panggilan dari Afeefa tapi dijawabnya. Mesti Qal yang letakkan mode senyap.

Satu sticky note yang dilekatkan di stereng kereta  ditari dan dibaca. Tulisan hodoh Qal memang dia kenali dari dulu.

"Aku cuma nak berseronok hari ni, aku taknak rasa sedih macam kau. Kau pun patut happy kan hidup kau. Takkan selamanya kau nak hidup macam ni. Bukan salah kau sepenuhnya."

Kertas itu dicampak tepi. Yang penting sekarang Afeefa, isterinya.

Hadif cuba menelefon Afeefa tetapi tidak dijawab. Hatinya mula risau dan menyalahkan diri kerana lambat mengambil Afeefa di tempat kerja.

Terus kereta dipecut laju menuju  ke cafe.

Bila sampai sahaja di cafe, tiada sesiapa pun disitu. Kedai sudah gelap. Kemana Afeefa pergi?

Hadif menelefon Qayyum. Bila ditanya tentang Afeefa mereka pun tidak tahu. Fikir mereka, Hadif membawa Afeefa keluar bersama kerana masing-masing tidak balik ke rumah.

"Mana awak pergi ni Lea?" Hadif mencari tak tentu arah.


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Afeefa berjalan ke arah kedai serbaneka 24jam yang terdekat. Dia mahu beli sesuatu yang boleh mengeyangkan perutnya! Sakit hati, marah, takut dan lapar. Semuanya bercampur. Mujur guruh tadi sekejap sahaja. Sikit lagi akan hujan akan turun.

Dia sudah merancang mahu meminjam charger pada cashier disana atau memesan grab di telefon cashier itu atau apa-apapun cara yang boleh buat dia balik!

Sambil berjalan, Afeefa toleh ke belakang. Dia berjalan laju. Dia masih takut dengan kejadian lama yang menghantui hidupnya.

Air mata dikesat dengan lengan baju. Terlalu geram dengan Hadif. Bukan Hadif tak tahu yang dia takut gelap, takut guruh. Kalau tahu Hadif buat dia macam ni, dia akan pergi kerja guna keretanya atau grab.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Where stories live. Discover now