BAB 8 - SENGAJA

1.7K 68 8
                                        

HADIF tersenyum nipis memandang wajah Afeefa yang cemberut di sebelahnya. Sudah lama dia tidak melihat senyuman di wajah isterinya. Entah bila dia dapat melihat senyuman itu untuk dirinya.

Apabila Hadif sudah memberhentikan kereta, Afeefa cepat-cepat mahu membuka pintu tetapi dihalang oleh Hadif.

Afeefa menoleh ke wajah Hadif dengan wajah garang. "Saya nak keluarlah!"
Dia menolak tangan Hadif yang berada di lengannya.

"Kita keluar sama-sama. Saya nak kenalkan awak pada staf saya dulu"

"Lagipun saya dah lama tak datang sini.."

Afeefa termalu sendiri. Baru teringat bicara Hadif kelmarin.

Imbas Kembali

"Sebenarnya, saya lupa nak bagitahu awak pasal butik awak dulu tu" Hadif serba salah mahu memberitahu perihal itu. Pasti Afeefa akan marah besar. Dia menggaru belakang lehernya.

"Kenapa dengan kedai saya?!" Afeefa mula bimbang. Kedai butik merupakan hasil titik peluhnya selama ini. Kalau jadi apa-apa pada butiknya macam mana dia mahu kerja dan keluar dari rumah ini? Dia tidak mahu jumpa Hadif 24 jam!

"Butik tu awak dah jual. Ingat tak?" Berhati-hati Hadif bertanya.

Muka Afeefa bingung.

"Butik tu dah lama tutup jadi awak ambik keputusan untuk jual kedai tu"

Afeefa terduduk. Ya, baru dia teringat. Selepas dia sarat mengandung memang dia jarang ke butik dan pekerja pun banyak yang berhenti. Jadi dia sendiri yang memutuskan untuk menutup perniagaannya.

Afeefa mahu menangis.

"Tapi..." Afeefa mengangkat mukanya.

"Saya yang beli kedai tu. Saya buka cafe disitu"

Hadif takkan lupa tempat pertama dia berjumpa dengan Afeefa selepas pulang dari luar negara. Lagipun dia yakin Afeefa sangat sayang akan kedai itu namun disebabkan faktor kewangan dan pengurusan Afeefa menjual kedainya.

"Jadi kalau awak nak kerja, awak boleh uruskan cafe tu. Lagipun sekarang saya jarang datang ke cafe tu sebab busy dengan kerja lain"

"B-boleh ke?"

"Mestilah boleh."

****************

"Dah lama encik Hadif tak datang sini..."

"Terubat rindu aku.."

"Siapa perempuan sebelah dia tu? Girlfriend encik Hadif ke?"

Afeefa mendengus mendengar bisikan halus staf perempuan di situ. Menyampah apabila perempuan itu tersengih suka melihat wajah Hadif.

"Assalammualaikum semua... sihat?"

Masing-masing menjawab salam Hadif dengan penuh teruja.

Hadif hanya tersenyum nipis. Majoriti cafenya adalah staf lelaki. Kalau boleh memang dia akan ambil semua staf lelaki tetapi disebabkan wanita lebih pandai mengemas dan mendekorasi, terpaksa juga ambil seorang staf wanita.

Staf wanita itu jugalah yang selalu mengeletis setiap kali dia datang ke cafe. 4 orang staf yang lain adalah lelaki.

Hadif menoleh ke tepi memandang wajah Afeefa. Dia mahu mencapai tapak tangan Afeefa namun ditepis lembut oleh Afeefa. Afeefa menggeleng tanda tidak mahu.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang