BAB 20 - BABYSITTER III

1.4K 73 5
                                        

ADIFF diam menekur lantai bagai pesalah. Tangannya diletakkan ke belakang sambil kakinya menguis-nguis karpet.

"Adiff yang buat kan?"

Adiff menggeleng laju tapi dia tidak berani mengangkat kepala.

"Adiff..." Wardah panggil dengan nada meleret.

Adiff menggeleng lagi.

Wardah mengeluh. Dia mencapai micellar water lalu dituangkan ke atas kapas muka.

"Kenapa conteng muka Aysar?"

"Sebab dia rampas mama papa dari Adiff! Rosakkan mainan Adiff! Pastu dia gigit tangan Adiff! Nasib baik jari Adiff tak putus! Dia–"

Adiff mengemam bibir bila dia sudah terlanjur kata.

Wardah menggeleng. Sudah agak. Mesti Adiff yang buat! Siapa lagi kalau bukan dia?

Mahu sakit jantungnya melihat wajah Aysar yang diconteng dengan gincu merah miliknya. Sudah serupa joker.

Kapas tadi dilap diwajah Aysar dengan lembut. Nasib mahu hilang! Apa dia nak jawab dengan Afeefa nanti? Terkebil-kebil mata bulat Aysar memandang mereka berdua.

"Adiff minta maaf.." ucap Adiff perlahan.

Wardah diam. Dia tidak membalas. Sesekali mahu mengajar Adiff.

Adiff rasa mahu menangis melihat kedinginan ibunya.

"Maaa.."

"Adiff minta maaf.."

"Janji tak buat lagi! Adiff akan ikut semua kata-kata mama" Adiff berjanji. Dia tak betah sendiri bila Wardah hanya diam. Marahkah Wardah kepadanya?

Wardah berpusing menghadap Adiff. Dia menghela nafas.

"Sebagai denda, mulai harini. Adiff kena tolong mama jaga Aysar. Semua Adiff kena buat. Bagi dia makan, mandikan dia, tukar lampin dia... semua." Ucap Wardah dengan penuh muslihat. Dia tahu Adiff tak suka tapi Hadif suka. Dia mahu Hadif ada kenangan dengan anaknya.

Mata Adiff terbuntang.

"Adiff tolong bancuh susu"

"TAKNAK!"

"Adiff akan menyesal kalau tak tolong mama jaga Aysar sekarang, percayalah.."

"Taknak. Taknak. Taknak!"

Wardah tersenyum sembunyi. Bila mengingatkan kedegilan Adiff untuk menolongnya selama ini buat dia rasa mahu kenakan Adiff. Tapi tak salah, Aysar anak dia juga.




















Hari pertama.

"Senyum sikit..."

Klik!

Adiff senyum paksa. Mama dan papa memaksa dia mendukung Aysar dan menangkap gambar mereka berdua. Cara dia mendukung Aysar pun jelas kekok dan penuh keterpaksaan.

"Dukung elok-elok! Jatuh dia nanti.." tegur Qayyum. Tersengih-sengih dia menangkap foto Adiff. Foto bapa dan anak. Adalah kenangan nanti.

Adiff mendengus geram. Dia memusing matanya ke atas.

 Dia memusing matanya ke atas

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang