Rindu tak?😬 sorry guys baru update
******************
"Bos.."
Ahmad datang mampir sambil menjijit sebuah bungkusan plastik. Makanan yang dibeli tadi dikeluarkan dan diletakkan di hadapan Afeefa.
"Terima kasih Ahmad"
Sudah bosan makan di cafe sendiri, Afeefa menyuruh Ahmad belikan makanan di luar. Tekaknya teringin pula goreng-goreng.
"Sama-sama bos!" Ahmad tersenyum manis.
"Nanti saya bagi upah.. awak beli kat mana ni?" Kotak bekal makanan itu dibuka dan dibelek. Buka kotak sahaja dah bau, buat Afeefa telan air liur. Walaupun cuma set ayam, air, kentang dan coleslaw.
"Oh, ni kedai baru bukak dekat seberang jalan tu.. D'Hadiefa. Kedai ni viral tau sekarang " Ahmad bercerita.
Afeefa mengangguk-mengangguk. Lihat portion kentang goreng dan coleslaw serta ayam yang besar dengan harga murah, pantaslah ramai orang yang beli. Lagi pula sekarang memang dia tengah boikot jenama israel babi tak guna setan laknat pergi mampus harap mati takde otak.
"Kedai dia mesti ramai kan? Baru bukak ke?"
"Baru bukak sebulan. Dengar cerita sebelum ni owner dia jual ayam segar sahaja. Dia ada ladang ternakan ayam sendiri. Muda lagi owner dia. Handsome lagi... Bolehlah bos cuba datang situ, kot-kot sangkut. Pekerja dia pun muda-muda berupa"
Afeefa mencebir bibir. Tak hingin dia jejak kesitu.
"Tak mahu saya. Saya ni janda anak satu. Tak ada siapa nak"
"Jangan cakap tak nak. Esok-esok berjodoh dengan owner ayam tu. Hari-hari makan ayam!" Ahmad berseloroh.
Afeefa kata tak nak. Tak suka. Alih-alih dia menjadi pelanggan setia. Dia bagaikan ketagih mahu beli makanan di Chick Crunch. Hampir setiap minggu ada sahaja menu yang dia cuba. Semua sedap-sedap belaka. Sudahlah dia selalu dapat diskaun. Lagi jimat duit dia!
Harini Ahmad cuti. Terpaksa Afeefa datang sendiri ke sana. Lagipun dia teringin tengok sendiri kedai tu. Meriah sungguh. Dari laman sosial memang viral kedai tu!
Afeefa melangkah keluar dari kereta setelah hampir setengah jam dia mencari kotak parking yang kosong.
"Nak parking pun susah!" Gerutu Afeefa. Sudahlah perut lapar, parking pun susah dicari. Memang penangan kedai ni punya pasal lah! Mesti ramai yang berkunjung ke sini. Disebabkan dia parking jauh, jadi Afeefa terpaksa berjalan kaki ke restoran makanan segera itu.
Bila sampai sahaja di hadapan restoran makanan segera itu, mulut Afeefa sedikit melopong.
Mak aii! Panjangnya barisan.
Kebanyakkannya wanita dan gadis muda yang beratur di sini.
Kalau ikutkan hati memang Afeefa rasa mahu mencari kedai lain. Perut sudah berbunyi dari tadi. Tapi disebabkan sudah sampai kesini, dia gagahkan juga untuk beratur. Dalam masa yang sama, dia teringin melihat kedai ini. Apa yang hebat sangat?
Disebabkan kedai ini layan diri. Jadi ingin memesan pesanan perlulah beratur di kaunter.
Pekerja di restoran makanan segera ini ada tiga orang sahaja termasuk bosnya. Semua muda berbadan tegap dan tampan. Ah patut viral. Pandai betul. Marketing baik punya.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...