HADIF terbangun saat bunyi jam penggera daripada telefon Afeefa berbunyi. Terasa lengannya begitu lenguh kerana dihempap sesuatu yang berat.
Bila dia membuka sahaja mata, dia melihat Afeefa yang berada di dalam pelukannya.
Bukan dia yang memeluk Afeefa, tapi Afeefa sendiri yang memeluk tubuhnya.Hadif tersenyum sendiri. Afeefa tidak sedar walaupun alarm dari telefonnya sudah berbunyi dari tadi. Letih sangat agaknya.
Hadif menyeluk poket seluar Afeefa di bahagian sisi lalu dia mengambil telefon itu dan mematikan jam penggeranya. Nampak sangat Afeefa mahu menyorok telefon itu darinya, sampai letak dalam poket seluar.
Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Ini bermakna Afeefa sudah seharian berada di dalam rumah ini untuk merawatnya.
Pada mulanya Afeefa ingin pulang petang semalam, tetapi kerana badan Hadif semakin panas sehingga meracau dalam tidur, Afeefa terpaksa menjaga Hadif disini. Boleh sahaja Afeefa menelefon Qayyum dan Wardah, tetapi Hadif melarang.
Kerana Afeefa sanggup merawatnya disini, demamnya sudah pulih. Afeefa sanggup menjaga dan memasak untuknya.
Hadif meletakkan kepala Afeefa perlahan-lahan di atas bantal. Telefon Afeefa dibuka. Amat mudah dia membuka telefon pintar itu kerana Afeefa hanya menggunakan password yang sama dari dulu.
Hadif membuka pesanan whatsapp dari Rauf. Jarinya scroll mesej dari atas hingga ke bawah. Satu persatu mesej dibaca.
Hadif tersenyum sinis. Dia membaca mesej-mesej yang dihantar oleh Rauf.
Dasar lelaki munafik.
Baik sangatlah? Sampai mengurat bini orang? Rauf tu dua kali lima sahaja dari dia.
Imbas kembali
"Aku nak berterus terang pada kau."
Rauf tiba-tiba ingin berjumpanya. Dari mana Rauf mendapat nombor telefonnya, dia pun tidak tahu.
"Sebenarnya aku sukakan Afeefa sebelum dia kenal sepupu aku. Pendek kata, aku yang dia suka sebelum Rafael. Mungkin sebab muka kami hampir sama jadi Afeefa ingat Rafael yang tolong dia dulu"
Hadif memeluk tubuh. Dia duduk menyandar memandang Rauf atas bawah. Dia tersenyum sinis.
Jadi inilah wajah sebenar Rauf? Panggilan dan penampilannya sudah berubah.
"Lepas aku tahu kau dera dan seksa dia selama ini, aku rasa kau patut lepaskan Afeefa. Dia layak untuk bahagia bersama orang lain. Kalau aku jadi kau, aku malu nak hadap muka dia lepas apa kau buat. Selama ni aku lepaskan dia sebab Rafael dan kau."
Kata-kata Rauf memanaskan hatinya. Kisah Rafael sudah berlalu. Kenapa Rauf mahu mengungkit?!
"Kali ini aku rasa, aku tak nak lepaskan dia lagi. Cukuplah aku lepaskan dia untuk lelaki yang tak berguna macam kau"
Hadif yang diam dari tadi mula panas. Tangan yang dikepal menjadi sebuah genggaman padu.
Dia tidak tahan untuk berdiam diri. Satu tumbukan padu dilepaskan pada pipi Rauf.
"Langkah mayat aku dulu"
—————————————
Hadif tidak bodoh untuk biarkan Afeefa dan Rauf keluar berdua. Selama ini dia diam bukan kerana dia dayus. Tetapi untuk mencari keberadaan anak mereka. Dia tahu Afeefa pasti ada kaitan dengan Yana, adik Badrul walaupun Afeefa menafi Yana terlibat dengan kes penculikannya dulu. Dia harus tahu dimana Yana berada. Dia yakin Yana menyembunyikan anak lelakinya.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...