Semua orang kena berterima kasih dekat @Qaira11 Sebab dia seorang je yang reply dkt message board saya, nak saya update 🥹.
**************
Satu buku panduan solat diletakkan di hadapannya, di atas sejadah lalu dia berdiri tengak dengan posisinya menghadap kiblat. Setelah niat dibaca, dia mengangkat takbir.
Sesekali dia mengerling buku yang dicatat dengan nota ringkas bersama surah-surah yang ditulis rumi supaya memudahkan dia mengerjakan ibadah solat. Dia masih belajar dan tidak menghafal ayat-ayat yang perlu dibaca.
Bila dahi menyentuh sejadah, ada rasa sebak di dada. Setiap kali dia solat, dia akan rasa sesuatu perasaan yang tenang dan damai ketika sujud. Ketika sujud, dia sertakan sekali doa yang dia hajatkan.
Selesai sahaja tahiyatul akhir dibaca, dia memberi salam.
Kemudian tapak tangan diangkat. Sekali lagi doa dipohon dengan penuh kesungguhan supaya sang percipta memakbulkan doanya bersama air mata yang tidak segan-segan untuk jatuh.
Saban hari Hadif berdoa agar dosa-dosanya diampunkan. Dia sangat menyesal dengan perbuatan lamanya. Lagi-lagi bila ingatan dia memukul dan menyeksa Afeefa muncul diingatannya.
Suara tangisan, jeritan Afeefa terngiang-ngiang di mindanya. Bagaimana dia sanggup melibas tubuh isterinya dengan tali pinggang kulit kegemarannya, bagaimana dia menyeksa dan memaksa isterinya ketika bersama, dibiarkan Afeefa kesakitan, bagaimana dia mengurung Afeefa dan bagaimana layanannya pada Afeefa selama ini. Dan paling dayus, dia sanggup biarkan rakannya menyentuh isterinya.
Dia malu. Dia dayus. Dia benci dirinya sendiri.
Kenyataan itu makin menyeksa mindanya setiap kali dia mula teringat perkara itu.
Usai sahaja selesai solat subuh berserta solat taubat, dia duduk mencapai senaskah al-Quran milik Afeefa yang tersimpan di bilik ini. Helaian yang kali terakhir ditanda itu diselak.
Perlahan-lahan Hadif membaca dengan penuh bersemangat, walaupun dia masih merangkak-rangkak untuk belajar. Ajaran ustaz yang mengajarnya agama setiap minggu itu, diingat kembali walaupun sebutannya masih lagi lambat. Sesekali dia perlu mengeja kerana masih belum pandai mengaji.
Habis sahaja membaca beberapa helaian kitab suci Al-Quran itu, Hadif biasakan dirinya untuk membaca terjemahan dari surah yang telah dibacanya agar dia faham dan mengerti makna-makna dari surah itu.
*******
HADIF duduk bersandar di kepala katil sambil merenung baju bayi yang berada di dalam genggamannya itu.
Warna biru.
Lama dia merenung baju bayi yang curi-curi diambil dari almari pakaian Afeefa di rumah Qayyum.
Hari ini dia bercuti. Tidak ke pejabat kerana kepala dan badannya sakit.
Teringat kembali, dia terjumpa beberapa pakaian bayi lelaki yang disorok dalam almari pakaian. Walhal pakaian dan barang baby semua diletakkan di dalam almari khas. Kenapa pakaian itu sahaja di asingkan? Nampak sangat Afeefa cuba sorokkan sesuatu. Pakaian yang dibelikan untuk Ayla semuanya berwarna pink tetapi pakaian yang berwarna biru itu disorok.
Apa yang Afeefa cuba buat? Adakah secara kebetulan?
Kebetulan lagi ke jika set barangan bayi dibeli secara berganda? Anak seorang tapi dibeli 2 set.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...