ADIFF bermain mainan kesayangannya sambil baring meniarap dia atas lantai. Sebelah tangan kiri memegang patung godzilla, sebelah tangan kanan memegang patung ultraman. Dilaga-lagakan kedua-dua mainan itu supaya berlawan."Lawan dia ultraman!"
"Bushh..." Alamak Ultraman terjatuh.
"Bip, bip, bip..." membayangkan lampu didada ultraman bertukar merah dan berkelip-kelip.
"Ultraman bangun! Kita kena lawan godzilla!"
Ultraman bangun dan menendang perut godzilla.
Godzilla jatuh dan mati.
"Hish!" Adiff mencampak mainan itu ketepi. Dia membalikkan badannya memandang siling. Dia mula rasa bosan berada di dalam bilik.
"Bosanlah! Papa ni main kunci-kunci kita pulak" ucapnya sebal.
Bila dengar bunyi pintu dibuka dari luar, cepat-cepat Adiff kembali meniarap dan buat-buat bermain.
"Jom turun Adiff..."
Dia menjeling makcik Limah yang membuka pintu dengan wajah cemberut.
"Papa Adiff dah pergi kerja ke?" Soalnya. Kenapa papa dan mama yang tak panggil dia turun ke bawah?
"Dah, mari turun sarapan"
"Mama mana? Kenapa mama tak panggil Adiff?" Ucap Adiff dengan nada rajuk.
Makcik Limah tersengih. "Mama Adiff tengah jaga baby.."
Cepat-cepat Adiff bangun duduk. "Hah?! Baby?"
Makcik Limah mengangguk. Dia menahan tawa. Melihat wajah Adiff yang serupa ayam berak kapur itu sungguh lucu. Belum pernah dia lihat Hadif begitu, selalunya Hadif seorang yang senyap dan dingin. Dia sedia maklum yang keadaan Hadif jadi begini. Terkejut jugalah dia selepas balik bercuti, tahu-tahu anak majikan sudah bertukar watak.
Adiff menggeleng laju. "Ishh! Tak boleh jadi ni!"
"Apa yang tak boleh?"
"Mama milik Adiff seorang!" Balas Adiff.
Adiff turun ke tingkat bawah perlahan-lahan. Terdengar suara bayi ketawa di ruang tamu. Dia memerhati lama bayi kecil itu bersama mamanya. Dia berjalan perlahan sehingga tidak sedar kakinya berada di belakang Wardah. Entah kenapa hatinya begitu teringin melihat wajah bayi kecil itu.
Mama sedang bergelak tawa dengan bayi itu.
"Mama.."
Wardah menoleh ke belakang. Dia tersenyum lalu mengapai tangan Adiff supaya duduk disebelahnya. "Meh sini.."
Bila Aysar ternampak Adiff, bayi itu kelihatan teruja. Dari baring meniarap terus dia duduk. Mata bulatnya memandang wajah Adiff dengan penuh minat.
"S-siapa ni?" Mata Adiff menyoroti wajah bayi kecil itu. Bayi itu mengangkat tangannya seakan mahu Adiff mendukungnya.
"Nama dia Aysar Eidlan"
Terus Adiff menoleh ke tepi memandang wajah Wardah. Hatinya mula terasa sesuatu.
"Dia s-siapa? Kenapa Adiff macam pernah dengar nama dia?"
Wardah tersenyum nipis. Berharap dengan adanya Aysar, Adiff akan bertukar semula kepada Hadif.
"Hadif..."
"Hadif ingat dia tak?"
Sengaja Wardah menyebut nama Hadif walaupun tahu Adiff akan marah.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomansaSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...