BAB 11 - DEMAM

1.4K 79 17
                                    

AFEEFA mencelikkan matanya apabila terasa tilam dibahagian kakinya terhenyak sesuatu yang berat. Matanya dipaksa untuk dibuka walaupun berat. Dia masih mamai.

Matanya pejam celik melihat seorang lelaki yang sedang duduk membelakanginya. Lelaki itu hanya berseluar panjang. Di belakang tubuhnya penuh dengan kesan sebatan dan luka.

Perlahan-lahan lelaki itu menoleh ke belakang. Afeefa mahu bangun tapi tubuhnya terasa terlalu berat sangat.

Hadif? Bagaimana lelaki ini boleh berada di sini? Di rumah ibu bapanya? Macam mana boleh masuk?

Hadif bangun dari duduk lalu melangkah  perlahan ke arahnya.

"Aku dah tunaikan salah satu janji aku, Azalea. Aku dah rasa kesakitan yang aku bagi pada kau dulu..."

Pandangan Afeefa samar-samar. Antara realiti ataupun mimpi.

"Puas hati kau tengok aku macam ni?" Soalnya sambil menggeram menahan pedih di tubuhnya. Dadanya turun naik. Entah menahan sakit atau marah.

"Kau dah buat dia sakitkan aku Azalea.. semua sebab kau—"

Muka Hadif semakin dekat dengan Afeefa. Terasa hembusan nafas hangat menampar di mukanya.

Apabila jemari kasar itu mengelus rambutnya. Nafas seakan terhenti. Pandangan Hadif seperti mahu membunuhnya.

"Aku harap kau tak khianat dia lagi, Azalea... dia buat segalanya untuk kau supaya kau tak tinggalkan dia"

Afeefa merenung bebola mata Hadif yang berair, seakan mahu menangis. Dia tidak mengerti apa yang diucap oleh Hadif.

"Aku akan pastikan Hadif takkan ingat satu pun pasal kau jika kau berani mungkir janji kau pada dia lagi"

Afeefa kembali memejam mata apabila terasa dahinya dikucup lama. Dia tenggelam dalam lena semula.

Mungkin ini semua adalah mimpi buruknya.





Afeefa terjaga dari lena. Dia bangun mendadak melihat sekeliling. Takut dengan mimpinya tadi. Dadanya berombak kerana ketakutan.

Selepas melihat Hadif mengamuk semalam, dia sangat takut untuk pulang. Muka Hadif terlalu menakutkan. Kerana itu, Qayyum dan Wardah menghantarnya ke rumah ibu bapanya.

Dia tiada pilihan, terpaksa juga untuk duduk disini kerana risau Hadif akan memukulnya. Iris dan Fakhrul sangat gembira kerana dia pulang ke rumah ini, tidak langsung ditanya mengapa Afeefa pulang ke sini... tetapi tidak bagi Afeefa. Dia baru tahu yang Afeena sudah balik ke rumah ini seminggu lalu. Dia masih tidak boleh menerima semua perbuatan Afeena padanya. Lagi-lagi bila teringat kecurangan Afeena dan Hadif.

Iris mengatakan yang Afeena sudah keguguran. Bapa kepada anak itu masih dirahsiakan oleh Afeena.

Afeefa tidak mahu mengambil tahu tentang Afeena. Kerana dia yakin,

Itu anak Hadif.


Afeefa meraup rambutnya ke belakang. Dia menggelang laju. Mungkin betul itu adalah mimpinya semalam.

Afeefa menyelak selimut ke tepi. Dia bangun duduk. Kepalanya terasa berpusing sedikit. Mungkin kerana terlebih tidur. Dia bangun dan mencapai tuala sebelum melangkah ke tandas untuk mandi.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Where stories live. Discover now