TEASER (11/6/24)

1.4K 92 28
                                        


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Qayyum memandang sayu wajah anak tunggal kesayangannya. Dia cuba menahan sebak namun dia gagal. Airmatanya jatuh melihat keadaan Hadif. Tubuh Hadif semakin mengurus. Jambang mula tumbuh meliar dengan rambut yang tidak tersisir rapi. Hadif bukan begitu. Hadif tidak akan biarkan dirinya comot dan tidak kemas.

"Hadif..." Qayyum memanggil dengan teresak-esak.

Wajahnya sugul merenung lantai dengan wajah yang kosong. Tatapannya kosong tetapi mindanya bercelaru. Dia seperti di alamnya sendiri.

"Hadif... papa datang ni nak..." lagi sekali Qayyum memanggil.

Hadif bagai tersedar. Dia mengangkat muka melihat wajah bapanya yang sedang menatapnya dengan penuh kasih.

"Hadif okay dekat sini... Jangan risau"

Qayyum menggeleng lemah. Dulu Hadif kerap bertanya tentang Aysar dan Afeefa setiap kali dia datang melawat. Tapi kali ini Hadif tidak bertanya apa-apa. Semakin hari, semakin Hadif jarang bercakap.

Imbas kembali

"Aysar dengan Lea macam mana? Mereka okay kan?"

"Anak Hadif sihat? Lea sihat? Ibu? Semua sihat?"

"Hadif nak tengok anak Hadif lepas Hadif keluar dari sini..."

Semakin hari semakin Hadif mula teruk. Personalitinya sentiasa berubah-ubah kerana terlalu tertekan.

Kadang dia merengek, kadang menangis.

Kadang dia agresif dan marah-marah.

Kadang dia hanya diam dan tersenyum.


___________________

"Hadif dah lama maafkan Lea tentang kejadian tu. Hadif kahwin dengan dia bukan sebab dendam. Hadif kahwin dengan dia sebab Hadif cintakan dia walaupun dia yang sakitkan Hadif. Hadif tak nak kehilangan dia, dia wanita pertama yang bahagiakan Hadif.. Walaupun dia punca Hadif trauma sampai sekarang."




🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Nak nangis tulis part ni😭. Hadif yang tersakiti.

Nak update cepat, komen banyak2

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang