Imbas kembali
"Mulai saat ni, kau akan lupakan dia. Dia yang musnahkan hidup kau."
"Tugas aku untuk lindungi kau. Tapi kau sendiri yang biarkan diri kau terluka hanya sebab dia"
Hadif menggeleng laju. Badannya tidak boleh bergerak.
"TAK! INI BADAN AKU! AKU YANG BERHAK BUAT KEPUTUSAN!"
Bagaikan mendapat kuasa. Hadif bangun dan mendorong Hadi ke atas lantai. Dia duduk di atas badan Hadi. Laju tangannya mencekik leher Hadi.
Hadi hanya senyum. Dia tidak melawan.
"Kau dah tak perlukan aku Hadif.."
"A-aku harap kau boleh atasi semuanya sendiri lepas aku tiada..."
Tangan Hadif mengigil.
Tak.
Dia tak boleh.
Cengkaman di leher Hadi melonggar. Hadif terduduk di sisi Hadi. Dia meraup wajahnya.
"Kenapa kau tak hapuskan aku Hadif?"
Hadif tidak membalas.
"Sebab kau terlalu berlembut hati... Sebab itulah diri kau sentiasa dipijak. Kau jadi bodoh bila jatuh cinta..." tutur Hadi.
"Aku memang kejam, tapi aku buat semua tu untuk lindungi kau Hadif. Kalau aku tiada, kau tak boleh jadi Hadif yang sekarang. Kau terlalu rapuh dan lemah"
"Kau jadi makin sakit sebab dia.."
"Kau bukan sakitkan aku sahaja, kau sakitkan kami semua.." ucap Hadi lirih.
Hadif menutup telinga. Dia menangis.
"Sebab aku biarkan kau kawal tubuh aku, aku sakitkan isteri aku.." bicara Hadif dengan nada sesal.
"Dia bencikan aku sangat-sangat"
"Aku tak boleh terima.."
______________________
LUMPUHKAN INGATANKU x PERAYAAN MATI RASA
______________________
Hadif ibarat mayat hidup. Dia tidak lagi melawan dan memberontak. Dia hanya diam tidak bereaksi. Mindanya kosong.
Badannya dicucuk ubat yang dia sendiri tidak tahu. Dia hanya diam dan menerima.
Dia cuba menerima takdir hidupnya.
Dia menghadapi split personality disorder atau nama lainnya, Dissociative Identity Disorder (DID), kesan daripada trauma waktu kecilnya. Baru dia tahu penyakit mental yang dia hadapinya, kerana dia tidak pernah rujuk ke pakar selama ini.
Dia juga mengalami kemurungan dan anxiety.
Kesan dari ubat yang diambil, perlahan-lahan dia mula mudah lupa.
Setiap hari, secara diam-diam dia akan menulis sesuatu di dalam buku kecil yang disorok di bawah tilam.
Tentang kisah hidupnya dan tentang Afeefa.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...
