BAB 25

1.4K 82 23
                                        

Sehari selepas sahaja Afeefa benarkan dia berjumpa dengan Aysar, terus Hadif balik ke rumah ibu bapanya. Selama ini dia menahan diri supaya tidak memungkiri janjinya. Bayangkan berapa lama dia sanggup jauhkan diri dan menahan rindu hanya semata-mata kerana janjinya pada Afeefa. Dia tidak mahu mungkiri janji dan buat Afeefa makin benci kepadanya.

Kebetulan ketika ini, Aysar dijaga oleh ibunya. Bolehlah dia jumpa Aysar!

Wardah dan Qayyum paling bahagia apabila Hadif pulang. Selama ini mereka hanya berinteraksi melalui video call sahaja.

Pelukan dileraikan.

"Anak ibu dah balik.." wajah Hadif diusap lembut.

"Hadif minta maaf.."

Laju Wardah menggeleng.

"Jangan salahkan diri lagi. Ibu tak nak dengar.."

Hadif diam seketika sebelum mengangguk perlahan lalu dia tersenyum kecil.

Bagaimana dia mahu berhenti menyalahkan diri? Dia lelaki tak guna yang hancurkan hidup Afeefa. Rasa bersalahnya tidak akan pernah luntur.

.
.
.
.

Hadif menapak perlahan ke ruang tamu. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman tatkala melihat si kecil sedang duduk disitu. Teragak-agak dia melabuhkan punggung di sebelah anak kecil itu, risau menganggu fokus si anak.

Hadif tersenyum kecil apabila melihat raut serius si anak yang sedang melakar sesuatu di atas kertas itu. Tekun sekali di melukis sehingga tidak perasaan si ayah sedang duduk di sebelahnya.

Mata Hadif memandang raut wajah yang hampir mirip dengannya. Ingin sahaja dia sentuh wajah itu. Teringin sangat-sangat. Tapi terpaksa ditahan rasa itu.

Dia takut anaknya takut melihatnya.

"Ay-aysar lu-lukis apa?" Tergagap-gagap Hadif bertutur. Cuba berbual. Rasa janggal.

Baru sahaja dia mahu melihat apa yang dilukis oleh Aysar, pantas kertas itu disorok ke bawah. Muka Aysar kelihatan terkejut. Mata bulatnya merenung wajah lelaki asing yang berada di hadapannya ini.

"Babah nak tengok boleh?" soal Hadif lagi. Jarinya menunjukkan kearah kertas yang dipegang oleh anaknya itu.

Aysar menggelengkan kepala laju. Matanya tetap memandang wajah Hadif namun kakinya berundur ke belakang perlahan-lahan. Takut dengan lelaki asing dalam rumah ini. Tercebik-cebir bibirnya.

"Sayang..."

Hadif menggesot lebih lagi. Baru sahaja tangannya mahu membelai rambut Aysar, Aysar berlari menjauhi Hadif.

"Nenek!!!!"

Aysar berlari menuju ke arah Wardah yang menjadi pemerhati dari tadi. Kaki Wardah dipeluk.

"Aysar...kenapa menangis ni?" soal Wardah. Aysar dibawa ke dalam pelukannya. Tersedu-sedu anak kecil itu menangis.








Aysar Eidlan. Anak lelaki kandungnya. Anak yang dia sendiri tidak pernah sentuh, belai dan cium. Bahkan mengazankannya sewaktu bayi pun dia tidak boleh lakukan. Setiap kali dia mahu menghampiri, Aysar selalu mengelak daripadanya. Menangis dan takut.

Sudah lima hari sebenarnya dia cuba untuk menyapa sang anak, cuba dekat dengan anaknya. Tetapi Aysar selalu menangis takut.

Hadif menoleh dengan wajah suram.

Siapa tidak sedih jika anak sendiri tidak mahu dekat langsung dengannya? Dari kecil sampai besar. Hanya menangis sahaja jika dia datang menghampiri. Terkilan hatinya apabila Aysar lebih rapat dan berani dengan orang lain kecuali dia.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang