Dalam kegelapan malam, satu susuk tubuh yang sedang tidur lena itu bergerak. Dadanya turun naik.
Tap.
Matanya tercelik luas memandang kipas angin yang berpusing di atas siling.
Fikirannya menerawang memikirkan mimpi tadi. Air matanya mengalir perlahan. Mimpinya itu sangat menakutkan dan menyedihkan. Dadanya masih berdegup kencang kerana ketakutan.
Hadif bangun menyandar ke kepala katil. Airmatanya dilap menggunakan belakang tapak tangannya. Dadanya berdegup laju.
"Hadif?"
Hadif menoleh ke muka pintu. Sosok tubuh bapanya yang bertongkat itu datang menghampirinya. Suis lampu bilik ditekan.
Hadif meraup mukanya. Dia tidak ingat apa-apa. Kenapa dia berada di wad hospital? Dia hanya ingat kejadian dia menangis di atas bahu bapanya di kafe hospital. Sewaktu itu keadaan Efa semakin memburuk.
Mata Hadif membulat. Hadif gelabah sendiri.
"Papa, Lea macam mana?! Lea? Dia okay kan?! Lea dia-" mata Hadif bergenang. Dia cuak. Bermimpi Afeefa meninggal dunia buat dunianya seakan terhenti.
"Lea dia–" bersama suara yang tercungap mengambil nafas Hadif bertutur.
"Sabar Hadif." bahu Hadif diusap. Dia tahu Hadif terlalu risau.
"Ha-Hadif nampak dia tinggalkan Hadif..."
"Hadif mimpi je tu. Dah dua hari Hadif tak sedarkan diri tau." ucap Qayyum. Patutlah Hadif meracau-racau dalam tidurnya. Selepas sahaja Hadif menangis di bahunya itu, anaknya itu terkulai layu pengsan.
Hadif mengeluh lega.
"Kenapa tak jaga makan? Kesihatan? Papa tengok Hadif makin kurus. Ni nasib demam kamu dah kebah. Lagi satu kenapa telan panadol banyak-banyak? Risau kami" leter Dato Qayyum. Waktu Hadif pengsan itu, dalam poket seluarnya ada sepapan panadol. 5 biji dia telan. Pening kepala sangat ke?
"Hadif nak tengok Lea" tak hiraukan bebelan bapanya, Hadif berura-ura untuk bangun dari katil. Dia menyelak selimutnya ke tepi.
"Lea dah sedar semalam"
Pergerakan Hadif terhenti. Dia memandang wajah bapanya dengan tanda tak percaya.
"Betul ke?"
"Ya. Lepas Hadif pengsan terus dia sedar. Kelam kabut kami nak pergi tengok dia. Dengan kamu pulak pengsan. Nasib dekat hospital yang sama"
"Alhamdulillah" ucap Hadif syukur. Dia tersenyum panjang. Hatinya tidak sabar mahu melihat wajah Afeefa, isterinya.
"Hadif nak tengok dia" tanpa sempat ditahan oleh Qayyum, Hadif mencabut kasar drip yang bersambung ke pergelengan tangannya.
"Eh Hadif, sabar!"
Hadif menonong keluar tanpa mendengar penjelasan dari Qayyum. Nampak begitu teruja.
Qayyum menghela nafas berat.
🌼🌼🌼🌼
12 November 2021
Hai, huhuhu. Nantikan. Update? Entah bila. Lambat lagi. Bergantung pada vote.
Siapa tak sangka Efa hidup lagi? 😂
Dekat book 1, saya tak reveal semua lagi. Apa yang jdi pada Hadif yg sebenar, apa jdi pada Thaqif and Afeena.Dekat book 1 khas untuk org yang nk sad ending.
Book 2, khas utk org yang tak boleh terima kenyataan Efa mati🤣
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...