TEASER BAB 17

875 49 13
                                    


"Adiff nak tidur sini.." rengek Hadif. Siap bawa bantal dan selimut di dalam pelukannya.

Qayyum rasa mahu ketuk sahaja kepala Hadif. Nasib baik Hadif sakit.

"Adiff kena tidur bilik sendiri. Ni kan bilik kami. Mana boleh..."

"Tapi... selalu kan Adiff tidur sebelah papaaaaaa..."

Qayyum menggaru kepala.

.
.
.
.



"Hadif, no!"

Qayyum menarik tube aiskrim dari pegangan Hadif.

"Berhenti makan aiskrim and coklat! Tak elok!" Ini kalau Hadif sedar, memang habis dia buang. Hadif bukan suka makan benda manis. Dia tak suka. Isterinya pun satu, layankan sahaja kehendak 'Adiff'. Naik sheikh lah budak ni.

Memerlukan kesabaran tinggi untuk melayan Adiff. Sudahlah dia dan Wardah sudah tua. Boleh  jadi dia yang sakit jiwa melayan.

Hadif menghentak kaki.

Tantrum.

"Adiff dah lama tak makan..."balas Adiff dengan mulut yang comot dengan coklat di sekitar bibir.

Tolonglah!

Tolong kembalikan Hadif.

Dia tak tahan.

.
.
.
.

"Papa nak cakap dengan Hadif, bukan Adiff. Mana Hadif pergi?"

"Abang Hadif tak nak muncul. Dia sedih sangat-sangat" balas Adiff.

Sampai bila 'Adiff' akan ambil alih tubuh Hadif?





😜

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Where stories live. Discover now