BAB 21 - SEDAR

1.9K 93 23
                                        

Dari tadi Hadif hanya diam. Mukanya kemerahan menahan malu. Dirinya yang sedang duduk di atas sofa itu hanya mampu menekup wajahnya bantal kecil, menyorok wajahnya. Rasa mahu terjun ke dalam laut. Macam mana dia mahu keluar rumah selepas ini?!

Qayyum dan Wardah dari tadi tidak habis-habis mentertawakan dirinya.

Mereka menayangkan video dan fotonya ketika menjadi Adiff di skrin televisyen. Oh sungguh memalukan!

"Hadif, tengoklah ni! Kamu tantrum sampai hentak-hentak kaki ni" Qayyum berseloroh lalu dia ketawa berdekah-dekah.

Kalau Hadif sedar masa tu, memang dia takkan buat langsung macam tu! Sangat memalukan dan kebudak-budakan.

"Hadif nak naik bilik" Hadif mengucap perlahan, lantas dia bangun berdiri. Kerana tidak tahan melihat dirinya dimalukan, baik dia naik ke bilik.

Tapi baru selangkah dia berjalan, dia terdengar suara bayi ketawa. Video dia dan Aysar terpampang di skrin. Kakinya automatik berhenti melangkah. Dia berpusing ke belakang.

"Duduk dulu, tengok ni.. kamu jaga Aysar dengan baik walapun kamu tak suka dia" Qayyum tersenyum. Dia menarik lengan Hadif supaya duduk kembali. Hadif menurut dengan rela hati.

Mata Hadif tidak lepas memandang skrin. Matanya berkaca. Melihat dirinya memangku anaknya sendiri membuatkan dirinya sebak. Dia sedikit terkilan kerana bukan dia yang menyentuh Aysar walaupun tubuh itu adalah tubuhnya.

Kalaulah dia boleh cium wajah anaknya.

"Itu anak Hadif kan?" Soal Hadif tanpa melepaskan pandangannya.

"Ye Hadif.. anak Hadif" Wardah mengucap perlahan. Dia merenung tubir mata Hadif yang sudah bergenang.

"Mula-mula Adiff tak nak jaga Aysar, dia degil sangat! Tapi lepas kena paksa, elok je Adiff jaga anak kamu..." Wardah mula bercerita. Rasa kelakar bila ingat semula momen itu. Rindu juga telatah Adiff yang manja dan mencuit hati.

"Tapi itu bukan Hadif. Hadif tak rasa apa yang Adiff rasa" Hadif balas dengan kesal.

"Sekurang-kurangnya, Aysar dah kenal Hadif. Dia dah cam muka Hadif" Wardah memujuk. Beberapa keping polaroid diletakkan di atas tangan Hadif, kemudian bahu Hadif diusap perlahan.

Pujukan Wardah berhasil membuatkan Hadif tersenyum walaupun raut wajahnya masih sedih.

Hadif melihat foto itu. Empangan matanya akhirnya pecah. Melihat foto dirinya dan anaknya yang sedang ketawa bersama-sama buatkan dirinya terasa sangat sedih.

Dia rindu. Dia mahu jumpa Aysar. Dia mahu peluk cium anaknya. Tetapi dia tahu, Afeefa tidak akan membenarkan dia berjumpa dengan Aysar sehinggakan Afeefa sudah mengharamkan dia untuk menyentuh Aysar. Hak penjagaan juga telah diberikan kepada Afeefa sepenuhnya. Bagaimana dia mahu berjumpa dengan anaknya lagi? Lihat foto Aysar sahaja hatinya sudah meronta-ronta untuk memeluk tubuh kecil itu.

"Ibu.. Hadif nak minta tolong sangat-sangat. Tolong minta pada Lea untuk benarkan Hadif jumpa Aysar.." Ucap Hadif lirih. Dia begitu terdesak. Tangannya mengengam kedua-dua belah tangan ibunya dengan penuh pengharapan.

"Lea tak benarkan Hadif sentuh Aysar... Dia benci sangat-sangat dengan Hadif. Boleh tak ibu tolong?"

Wardah mengangguk laju.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang