"Saya Rauf, sepupu arwah Rafael. Tunang Afeefa dulu. And kawan Dr.Hani"
Tangan dihulur untuk bersalam bersama senyuman ramah.
.
.
.
.Hadif sakit hati dan cemburu. Mengapa lelaki ini kerap sahaja datang ke sini? Kenapa lelaki ini muncul ketika hubungan mereka sedang bermasalah?!
Suara gelak ketawa kedengaran dari jauh.
Hadif hanya memerhati dengan padangan sayu. Biarpun hatinya separuh rela, namun dia tetap membenarkan Rauf kesini untuk membuat Afeefa kembali tertawa dan bahagia.
Sedangkan dia sibuk mencari anak mereka yang hilang.
Rauf seorang yang kelakar dan happy go lucky. Pantaslah Afeefa senang terhibur dan bergelak ketawa. Afeefa juga sudah membaik dari hari ke hari.
Sedangkan dia. Hanya seorang lelaki yang tidak berguna.
Terasa dirinya terlalu rendah dibandingkan dengan Rauf.
Dia tak pandai senyum,
dia tak pandai buat orang ketawa,
dia tak pandai buat Afeefa tersenyum,
dia tak pandai romantik seperti lelaki lain.
Dan paling membuat hatinya sedih dicarik-carik, dia tak pandai menjadi imam seperti Rauf.Rauf yang mengimamkan solat zohor kelmarin. Hadif rasa dia seorang yang gagal dan lemah. Gagal sebagai suami dan muslim.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Hmm next bab nk sedih2 sikit. Kesian baby Hadif sayaa😩. Tapi balasan ni baru sikit.
Orang cakap nak berubah memang banyak dugaan. Tapi dugaan itulah yang menguatkan kita tau!
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomansSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...