BAB 17 - SI ADIFF TANTRUM

1.6K 81 16
                                        

BAWA DIA KEMBALI - MAHALINI

ADIFF mengikuti langkah Qayyum menuju ke biliknya sambil matanya jakun memandang sekeliling rumah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.





ADIFF mengikuti langkah Qayyum menuju ke biliknya sambil matanya jakun memandang sekeliling rumah.

"Ini rumah baru ke papa?"

Qayyum mengangguk. Memang tidaklah dia menetap di rumah lama mereka dahulu. Banyak kenangan buruk. Mereka sudah lama berpindah 6 tahun lepas. Hadif sahaja yang tidak ingat.

Lupa..

Ini bukan Hadif.

Ini Adiff.

Personaliti, perilaku, pemikiran dan ingatan mereka berbeza.

"Ini bilik Hadif.." ujar Qayyum sambil membuka sebuah pintu sebuah bilik.

Adiff memuncung. "Adiff lah! Bukan Hadif"

"Kan sama je.."

"Tak sama." Laju Adiff membalas.

Tak sama sebab Hadif tu orang lain. Dia "Adiff". Sudahlah papa suruh dia yang drive tadi. Mana dia pandai! Memang mahu dia drive terus ke alam kubur agaknya.

"Haih. Yelah-yelah.." Qayyum mengalah. Dari kelmarin sejak Hadif sedar dan menjadi personaliti Adiff, dia berbalah mulut dengan Adiff. Adiff banyak mulut. Asyik bertanya itu ini dan membantah.

Mahu katakan Hadif hilang ingatan dan hanya ingat dirinya berusia 7 tahun... agak lain. Perangai Hadif semasa 7 tahun bukan begini. Semasa Hadif kanak-kanak, dia begitu pendiam dan menurut. Bukan jenis banyak bercakap dan bertanya seperti ini.

Kerana itulah Qayyum yakin, ini adalah salah satu alter personality yang doktor beritahu kepadanya. Hadif mempunyai DID. Dia mempunyai 4 personaliti.

Adiff,

Qal,

Hadi,

Hadif.

Ini menjawab persoalannya selama ini.

Hadif seorang kidal, tetapi kadang-kadang dia menulis tangan kanan.

Hadif alergik seafood, tetapi dia pernah Hadif selamba makan seafood dan tidak makan ubat alahan.

Tulisan Hadif berubah-berubah. Ada yang jenis berangkai, ada yang kemas, ada yang jenis cakar ayam.

Raut wajah dan suara Hadif berbeza-beza. Suara Adiff seperti keanak-anakan.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang