Afeefa menarik nafas dalam. Dia mengemam bibir sebelum membuka mulut untuk bertanya soalan yang bermain di kepalanya siang dan malam. Wajah Hadif yang sedang menunduk memandang meja itu dipandang lama.
Hatinya meronta-ronta ingin tahu siapa yang wanita yang berjaya dapatkan hati Hadif? Sedangkan Hadif itu cinta mati kepadanya dulu. Hadif itu bukan jenis melayan perempuan, jenis introvert, setia. Dia pun dulu susah nak ambil hati Hadif. Hatinya disapa rasa cemburu.
"Awak ada orang lain? M-maksud saya orang yang awak sayang?" Ucap Afeefa dengan hati yang berdebar laju.
Afeefa mengemam bibir lagi sekali. Setiap kali berhadapan dengan Hadif, mulutnya suka tersasul. Lain yang mahu ditanya, lain yang dia cakap.
Hadif hanya diam mendengar. Seperti biasa, dia hanya menunduk atau memalingkan muka ke tempat lain. Tidak berani bertentang mata dengan bekas isterinya. Bimbang akan jatuh hati lagi.
Hadif kerut dahi. Cuba memahami apa yang Afeefa cuba sampaikan.
"Awak suka orang lain? Or ada girlfriend? Dalam hati awak ada siapa?"
Afeefa rasa mahu ketuk kepalanya sendiri. Kenapa dia mahu bertanya soalan yang bukan-bukan dan merapu?!
Hadif diam seketika.
"Ada."
Jawapan pendek Hadif buat Afeefa rasa kecewa. Mengapa dia mahu rasa kecewa? Sedangkan dia sudah move on?
"S-siapa?"
Hadif mengangkat muka bila terdengar suara Afeefa beriak kecewa. Pandangan mereka bersatu seketika sebelum Hadif kembali melarikan pandangan.
"Hana"
"Hah?"
"Nama dia Hana. Saya sayang dia"
Boleh tak kalau Afeefa cakap yang dia mahu jadi orang ketiga?
ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomansaSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...
