"ABANG.."
Suara Wardah yang sedikit cemas memanggil Qayyum yang sedang menghirup kopi di tepi kolam renang.
Qayyum menoleh ke belakang melihat sang isteri yang berlari anak ke arahnya.
Wardah menoleh sekilas ke arah Adiff yang sedang seronok berenang bermain di dalam kolam renang. Amboi siap buat aksi kuak lentang.
"Kenapa ni?" Soal Qayyum.
"Efa telefon saya, dia nak datang sini!" Ucap Wardah perlahan agar tidak didengari oleh Adiff.
"Buat apa dia datang sini?.." balas Qayyum malas. Bukan dia membenci Afeefa namun dia sedikit terkilan dengan bekas menantunya. Kerana Afeefa punca Hadif jadi begini. Nasib baik Afeefa tarik dakwaan terhadap Hadif dulu. Kalau tidak memang tidak sudi dia lihat muka Afeefa.
"Dia nak jumpa kita berdua, and nak bawak Aysar jumpa kita.."
"Emm.. baru sekarang nak tunjuk muka? Bila dia nak datang?"
"Harini.."
Qayyum mengangguk perlahan. Dia mencicip lagi kopi hangat itu.
"Abang!" Wardah mencubit bahu Qayyum bila suaminya masih beriak selamba.
"Lagi 15 minit dia sampai!"
Qayyum tersedak. Terbuntang matanya.
"Hah? Harini ke?!"
"Saya dah cakap tadi. Harini! Sikit lagi dia sampai.." Wardah merengus geram.
"Takkan nak tolak, dia dah on the way.."
Memang niat Afeefa baik, mahu temukan bayinya dengan kedua-dua nenek dan atuknya. Tapi Afeefa tak boleh tahu yang Hadif ada dalam rumah ini! Afeefa tahu yang Hadif sudah keluar penjara, tapi Afeefa diberitahu yang Hadif sudah tidak tinggal disini dan berpindah ke luar negara.
Mereka juga tidak mahu Adiff terjumpa Afeefa. Bimbang jika Hadif murung kembali. Kerana sejak Hadif sedar dan berubah menjadi Adiff, sikit pun mereka tidak menyebut mengenai Afeefa. Bimbang Hadif menjadi murung seperti dahulu.
Apa-apa pun yang boleh trigger Hadif, mereka berdua akan elakkan. Terutama sekalinya tentang Afeefa!
"Adiff!"
"Naik cepat! Dah lama berendam, nanti demam" ujar Qayyum sedikit kalut.
"TAKNAK!" Balas Adiff sambil mengapungkan dirinya di tengah kolam. Mata siap dipejam.
Ah bukan namanya Adiff jika tak makan saman. Budak degil dan suka melawan.
"Adiff, papa kira sampai tiga je.."
Adiff membuka mata, dia menjelirkan lidahnya. "Tak. Nak"
Mahu baran rasanya Qayyum disitu. Berzikir panjang.
"Adiff.. mama ada buat kek coklat indulgence kegemaran Adiff tau..Nanti–"
Laju Adiff membuka mata. Pantang dengar apa-apa mengenai coklat.
"Kalau Adiff tak nak naik, biar papa seorang je habiskan!" Belum sempat Wardah menghabiskan kata-katanya, Qayyum mencelah.
Kelam kabut Adiff naik. Mereka berdua menghembus nafas lega.
Wardah datang mengelap rambut dan badan Adiff dengan tuala kering.
"Terima kasih mama.." ucap Adiff ceria. Dia tersengih suka. Adiff begitu suka dimanjakan.
"Terima kasih mama.." ajuk Qayyum di tepi dengan raut cemberut. Dia memeluk tubuh.
Tunggulah Hadif sedar nanti, akan dia tunjukkan semua video dan gambar lucu yang dia ambil menggunakan telefonnya. Salah Hadif kerana biarkan Adiff muncul begitu lama. Humphh! Dia terpaksa berkongsi Wardah dengan Adiff.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomansaSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...