____________________________
BAWA DIA KEMBALI X HILANG TANPA BILANG
____________________________
AFEENA mengigit kuku, mendengar Hadif sendiri menyerah diri kerana mendera kakaknya membuat dia gelisah. Lagi-lagi bila Rauf, suaminya tidak mempunyai halangan lagi untuk menikahi Afeefa.
Rauf begitu obses dengan Afeefa. Pasti lelaki itu menjadi punca mereka berdua bercerai.
Dia perlu buat sesuatu. Cukuplah dia juga menjadi mangsa Rauf sehingga dipaksa untuk menggugurkan kandungannya. Dia menyesal. Menyesal percayakan Rauf dan ikut rancangan lelaki itu.
Dia tak kisah diceraikan oleh lelaki durjana itu, dia pun sudah penat dikasari oleh Rauf. Rauf buat dia seperti punching bag. Kerana dia tidak tahan, dia melarikan diri ke rumah ibu bapanya.
Sewaktu, dia dihantar ke kampung kerana mengandung sebenarnya dia sudah berkahwin dengan Rauf di Thailand. Kahwin senyap-senyap kerana Rauf yang hasut. Sekali, rupanya Rauf kaki pukul dan panas baran. Lelaki itu gunakan dia untuk hancurkan rumah tangga kakaknya.
Dia berkenalan dengan Rauf 2 bulan selepas Afeefa dan Hadif berkahwin. Mulanya Rauf sangatlah baik dan bermulut manis. Tambahan pula Rauf adalah sepupu Rafael, bekas tunang Afeefa. Bolehlah dia sakitkan hati Afeefa.
Akhirnya dia yang sakit sendiri oleh ulah sendiri.
Rauf cari dia sehingga ke kampung dan mengurungnya di apartmentnya. Selepas sahaja dia berjaya melepaskan diri dari sangkar neraka Rauf, dia tidak berani untuk keluar dari rumah ibu bapanya.
Rauf tidak akan berani untuk menyerangnya disini kerana ada Afeefa dan ibu bapanya. Lelaki licik itu perlu menjaga imejnya dan perlu mengambil hati mama papanya.
Teringat kembali pesanan Hadif dahulu, buatkan dia lagi bersalah. Dia perlu tebus semua kesalahannya.
Imbas kembali
Terdengar ketukan pintu rumah buatkan Afeena tercelik. Dia menelan air liurnya. Menyesal pula tertidur di ruang tamu. Kan dia yang kena buka pintu.
Mungkinkah itu Rauf?
Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, siapa yang datang lewat malam ini?
Tirai diselak sedikit. Dia mengintai gerangan yang mengetuk pintu rumah ini.
"Abang Hadif?"
Bukankah baru petang tadi Qayyum dan Wardah baru menghantar kakaknya disini kerana Hadif ke luar negeri? Mengapa Hadif datang lewat malam ini?
Melihat keadaan Hadif yang agak kusut dan lemah buatkan dirinya risau. Macam baru dibelasah sahaja.
Pintu dibuka.
Bila Hadif lihat dia yang membuka pintu, terus lelaki itu kaku. Dari membongkok menahan sakit terus Hadif berdiri tegak. Bahunya yang membongkok tadi menjadi tegak, pandangannya menjadi garang.
Afeena terasa bodoh membuka pintu. Betul ke ini manusia? Atau hantu?!
Laju tangannya menarik gagang pintu untuk menutup kembali pintu rumah tetapi pantas ditahan oleh Hadif.
YOU ARE READING
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...