1

1K 51 13
                                    

"lepaskan akuu!!" meronta Mawar minta dilepaskan.

"Bapak kau dah jual kau dekat aku. So kau dah jadi milik aku," ujar lelaki tua itu atau lebih dikenali sebagai Datuk Faruk. Senyuman nakal terbit dibibir lelaki itu

"Ishh lepaslahh!" Mawar menedang alat sulit lelaki tua itu lalu melarikan diri dari kelab malam itu.

"Arghh! Korang tunggu apa lagi, kejarlah!"marah lelaki tua itu. Anak anak buah lelaki itu mengejar langkah Mawar.

Mawar terus berlari tanpa menoleh belakang. Tudungnya yang hampir terbuka itu dibetulkan.

Dari jauh Mawar terpandang sebuah kereta range rover berwarna hitam. Tanpa berfikir panjang, Mawar terus berlari kearah kereta tersebut.

Sampai sahaja dipintu penumpang kereta range rover itu, dia terus membuka pintu dan masuk. Pintu pula tak dikunci. Dia menjengok tengok anak buah lelaki itu. Sedang mencarinya

"Kau siapa? Apa kau buat dalam ni?" sergah satu suara membuat Mawar terkejut. "Saya Mawar," jawab Mawar sambil menunduk.

"Keluar" halau lelaki itu.

"Ta-tapi ada orang te-tengah kejar saya" balasnya tersekat sekat. Kepala gadis itu masih tertunduk.

"Dia keja-" ayat lelaki itu terhenti apabila ada yang mengetuk tingkapnya. Mereka serentak menoleh kearah tingkap. Orang yang mengejar Mawar tadi. Mawar mengigit
kukunya. Memang tabiat seketul Airis Mawardah

"Tolong, jan-jangan ba-bagitahu saya de-dekat sini," tersekat sekat Mawar merayu. Air mata mula turun dari kolam mata. Kedua dua tangan dirapatkan.

"Kalau aku bagitau jugak?" kata lelaki itu. Mawar menunduk. Lelaki itu membuka tingkap keretanya. Kelihatan dua orang lelaki yang berbadan tegap.

"Kau ada nampak dia?" gambar Mawar ditunjukkan kepada lelaki itu. Lelaki itu menggelengkan kepalanya tanda 'tidak'.

Dua orang anak buah Datuk Faruk menghela nafas sebelum membawa langkah pergi dari situ. Tingkap ditutup semula. "Thanks," ucap Mawar lalu ingin membuka pintu kereta itu. "Kau nak pergi mana?" tanya lelaki itu.

"Keluar," balas Mawar. "Takpayah. Meh aku hantar kau," Mawar akur. Lelaki itu mulakan permanduan "Nama encik apa?" tanya Mawar. "Asal nak tau?" soalan dibalas soalan.

"Ou takp-"

"Wirfan Danish. Panggil Wirfan" potong Wirfan. Mawar mengangguk faham.

"Ni aku nak hantar kau dekat mana?" tanya Wirfan. Matanya mengerling sekilas kearah Mawar yang duduk diseat penumpang belakang

"Err..hantar dekat situ," sambil menunjuk kearah perhentian bas. "Asal dekat situ?" Mawar tengah berfikir ingin menceritakan perkara sebenar ataupun tidak. Lama lama berfikir akhirnya dia menceritakan semuanya kepada Wirfan.

Wirfan meneruskan permanduan hingga kerumahnya. "Ki-kita dekat mana ni?"

"Rumah aku," balas Wirfan ringkas. "Buat apa kita datang sini?" Soal Mawar. "Haihh, memang orang cipta rumah untuk buat pameran je kan," sinis Wirfan balas sebelum dia melangkah keluar dari kereta.
Mawar turut keluar dari kereta.

"Siapa je tinggal dengan awak?" tanya Mawar lagi. "Aku tinggal sorang. Parents aku dah lama meninggal," beritahu Wirfan sambil membuka kunci pintu rumahnya itu. "Dah tu tak-"

"Kau tinggal sini dulu. Aku tumpang rumah bestfriend aku," potong Wirfan seakan tau isi fikiran Mawar.

"Pergi masuk mandi pastu tidur," arah Wirfan. "Ta-tapi saya ma-mana ada baju," ujarnya seraya menunduk. "Kau pakailah baju aku dulu. Bilik aku bilik first dekat atas."

"Pasal baju dalam kau esok kita pergi beli," sambungnya selamba. 'Ya Allah malunya akuu' getus hati Mawar

"Kau dengar ke tak?" Mawar mengangguk laju. "Oh ya.. nah," sambil menghulurkan satu kad yang mempunyai nombor telefonnya dan kunci rumah itu.

Lambat lambat Mawar menyambut.

"Buat macam rumah sendiri," lalu Wirfan melangkah meninggalkan Mawar.

Mawar melangkah masuk kedalam rumah itu. Pintu dikunci setelah berada didalam. Baru sahaja Mawar ingin mengantung kunci ditempat gantung kunci terbantut apabila dia terpandang kad yang diberikan oleh Wirfan tadi.

"Aduu aku mana ada telefon," ujar Mawar seorang diri sambil mengaru belakang lehernya.

Mawar mengantung kunci lalu melangkah menuju ke atas. Bilik disebelah bilik Wirfan dipilih. Selesai mandi, solat dan lain lain, dia terus membaringkan tubuh diatas katil. Matanya dipejam. Mengantuk

Manakala Wirfan berada dirumah kawan baiknya yang terletak ditepi rumahnya. Ya mereka jiran. "Ouu jadi dia tinggal rumah kaulah," Wirfan mengangguk mengiyakan pertanyaan itu.

"Jarang kau baik ni," sinis Daniel membalas. Wirfan melepaskan tamparan dikepala Daniel. Mengadu kesakitan Daniel dibuatnya.

"Berapa hari dia tinggal situ?" Soal Daniel sambil mengosok tempat yang ditampar oleh Wirfan tadi. "Entahlah." Balas Wirfan sepatah. "Dia cantik tak?"

"Tak"

"Takpalah esok aku tengok sendiri," balas Daniel lalu melangkah masuk kedalam bilik meninggalkan Wirfan disitu.

'dia cantik tak?' soalan dari Daniel tadi tergiang ngiang dimindanya.

"Bolehlah," Wirfan tersenyum lebar lalu melangkah menuju kebilik tidurnya. Pembetulan, bilik yang dia tumpang tidur.




Chptr ni pndek jerr..










𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now