"Kau dah sedar?" Tanya Adra yang sedari tadi berada disitu. "Aku dekat mana?" Soal Mawar perlahan. Hampir tidak didengari.
"Kau dekat rumah abang aku. Dia kata kau pingsan tadi," balas Adra memberitahu apa yang disampaikan oleh Daniel tadi. "Jadi tadi dia dukung aku lah?" Adra menepuk dahinya
"Yelah dah kau pingsan takkan kau berjalan sendiri pulak." Mawar tersengih. Tangan Mawar naik memegang kepala. Dia tidak bertudung. "Mana tudung aku?" Soal Mawar panik.
"Izzara bukak. Abang Niel suruh tapi takpa dia tak boleh tengok sebab kak ada dalam bilik sekarang," sampuk Wizzara membalas. Mawar sekadar mengangguk faham.
"Nah makan. Dari petang tadi kau pingsan," arah Adra sambil menyuakan sudu yang berisikan bubur kearah Mawar. Mawar nganga mulut lalu mengambil bubur itu dari dalam sudu. Adra menyuap Mawar sehingga habis.
"Sekarang pukul berapa?" Tanya Mawar kepada mereka. "Pukul 9," ringkas saja jawapan daripada Wizzara itu. Mawar bangun dari pembaringannya lalu melangkah menuju kebilik air untuk mengambil wudhu.
Wizzara hanya memandang dari jauh. Dia nak tolong, Mawar halang. Sombong betul.
Hampir 15 minit Mawar berada didalam bilik air akhirnya dia keluar juga. Dia mencapai telekung sebelum dipakai. Sejadah turut dihampar. Dia menunaikan solat isyak.
Mengambil masa dalam 10 minit untuk Mawar menunaikan solat Isyak sekaligus Baidiyyah. Mawar menadah tangan untuk berdoa. "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunilah dosa aku, dosa suami aku sekaligus seluruh umat nabi Muhammad, Ya Allah. Hapuskanlah perasan cintaku padanya jikalau dia bukan milik aku. Bahagiakanlah dia bersama pilihan hatinya dan jauhilah aku darinya. Ya Allah Ya tuhanku, kekalkanlah hubungan mereka hingga keJannah-Mu Ya Allah," Mawar berhenti seketika. Esakannya memenuhi ruang itu.
Wizzara dan Adra sudah keluar dari situ memandangkan tadi Mawar sedang solat jadi sekarang dia berada seorang diri didalam bilik itu.
"Ya Tuhanku, pisahkanlah kami dengan cara yang baik kalau kami tidak ditakdirkan untuk bersama. Ya Allah jagakanlah dia untukku. Aku sudah tidak mampu menyambung tanggunjawabku sebagai isterinya. Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk suamiku sekaligus ratu hatinya iaitu kakak tiriku. Hanya pada-Mu aku meminta pertolongan. Hanya pada-Mu tempatku meluah, Ya Allah. Aku penat dengan dunia. Aku penat dengan ujian ni. Ambiklah nyawaku. Cabutlah nyawaku, Ya Allah. Makbulkanlah doa aku ini Ya Allah. Aamiin," Mawar mengaminkan doanya lalu bangun membuka telekung.
Tanpa disedari ada seseorang sedang mendengar rintihan Mawar dari sebalik pintu. "Kau kuat, Mawar. Kau kuat," lalu dia melangkah menuju kebiliknya.
**
Dari semalam lagi Mawar terperuk didalam bilik. Tidak keluar langsung. Sekarang sudah jam 7 malam. Kiranya sudah satu hari dia berkurung. Sudah puas mereka mengetuk. Sehinggalah Daniel mengambil keputusan untuk mendail nombor Harris. Dia sempat minta hari itu."Airis, bukak pintu ni," ujar Harris sambil mengetuk pintu. Harap berjayalah. "Airis, ni aku Harris," ujar Harris lagi apabila tiada sebarang sahutan.
Melihat pintu dibuka, mereka tersenyum lebar. Wajah pucat Mawar menyapa pandangan mereka. "Pucat je kau, okay tak?" Tanya Harris risau.
Mawar mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. Dia melangkah masuk diikuti oleh mereka dibelakang. Duduk dilabuhkan dihujung katil. Harris turut melabuhkan diri bersebelahan dengan Mawar manakala yang lain masih berdiri.
Lama mereka mendiamkan diri sebelum Harris mulakan perbualan "kau dah tak anggap aku pendengar kau dah ke?" Mawar yang sedang menunduk itu laju mengangkat kepalanya memandang Harris.
"Kenapa kau tanya macamtu?" Tenggelam timbul suara Mawar bertanya. Seperti tidak mahu keluar saja suaranya. "Kau ada masalah tapi taknak luah kat aku pun." Mawar kembali menunduk. Dia mendiamkan dirinya
"Suami kau siapa pun kau tak bagitau aku. Aku dah tak penting dalam hidup kau ke?" Soal Harris lagi. Mawar kembali mengangkat kepalanya sebelum gelengan diberikan "Tak. Kau penting dalam hidup aku."
"Dah tu?"
"Aku taknak bebankan kau," balas Mawar. Mata tepat memandang wajah sahabatnya. Yang lain sekadar melihat. "Masalah kau, masalah aku. Beban kau, beban aku. Aku perlu rasa apa yang kau rasa. Aku bestfriend kau. Kita membesar sama sama.
Aku tak suka bila kau berahsia. Luahkan dekat aku apa apa ja. Aku sudi dengar, kalau aku mampu, aku tolong," ujar Harris panjang lebar. Mawar tersenyum nipis."Apa jadi antara kau dan suami kau?" Soal Harris ingin tahu. Mawar kembali menunduk. Haih Harris kemain hensem kut lantai juga dia pandang.
"Su-suami aku kena tangkap berdua duaan dengan ka-kakak aku." tersentak Harris. Manakala lagi tiga mangkuk itu masih santai.
"Seriously?" Mawar mengangguk. "Lepas
dari kejadian tu kami okay je dia tak layan pun kakak aku tapi esok tu.." Mawar mengantungkan ayatnya. Harris setia mendengar. "Dia layan kakak aku baik tapi aku sebaliknya.""Siapa suami kau? Meh aku nak sunatkan dia sekali lagi? Berani dia buat kau centu. Dasar jantan tak cukup satu betul lah. Bini dah cantik pun nak menggatal lagi. Dasar buaya darat aktif. Ingat stai sangatlah tu kahwin dua ha!!. Memang jantan zaman sekarang macam tu eh. Tak cukup sat-" terhenti bebelannya apabila ada yang memotong
"Sudah sudah. Takpayah beleter. Dia tak dengar pun," potong Daniel. Bukan back up member tapi betullah dia bukan dengar pun. "Lagipun kau kata semua jantan sama, habistu kau apa? Perempuan ceplak?" Sambung Daniel lagi.
"Aku kata jantan bukan lelaki. Aku lelaki!!," balas Harris. Daniel menjeling. Ya ke lelaki? Asal perangai macam beruk?
"Eshh korang nih. Gaduh pulak," celah Wizzara yang sedari tadi diam.
"Nak buat macam mana, abang aku kan sengal. Suka merosakkan mood orang," balasan daripada Adra itu membuatkan Daniel maju kearah Adra. Dia berdiri betul betul depan Adra. "Kau kata apa?"
"Ara kata abang sengal. S.E.N.G.A.L sengal. Dan sengal tu abang," selamba Adra membalas tanpa rasa bersalah. Mawar menahan tawa. Wajahnya tidak sesedih tadi.
"Kau ni kan memang dah lama hidup lah." Adra memekakkan telinganya. Buat buat tak dengar je.
BANG!
Serentak mereka mengalihkan pandangan kearah pintu bilik yang terbuka itu. Bunyi tebakan itu datang dari tingkat bawah.
YOU ARE READING
𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒜𝓁ℴ𝓃ℯ• ˢʰᵒʳᵗ ˢᵗᵒʳʸ ᴡɪʀғᴀɴ ᴅᴀɴɪsʜ × ᴀɪʀɪs ᴍᴀᴡᴀʀᴅᴀʜ Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang berkerjaya dan seorang perempuan yang dijual oleh bapak kandung sendiri atas sebab mempunyai hutang yang tak dapat dilangsaikan Pert...