3

335 28 0
                                    

Hari menjelang malam, jam menunjukkan pukul 9 malam dan Mawar masih didapur sedang membasuh pinggan. Balik saja dari membeli belah tadi, dia terus terperuk didalam bilik. Kepalanya betul betul sakit tadi.

Sedang ralit membasuh pinggan, pintu utama diketuk beberapa kali. Dia berjalan menuju ketingkap lalu tirai diselak sedikit untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu rumah itu tadi. Kelihatan seorang lelaki berhoodie hitam. Perasaan takut mula membuak buak.

"Takkan diorang kut?" Tanya Mawar pada diri sendiri sambil mengigit kukunya

"Macam mana diorang boleh masuk?takkan guard lepaskan kut?" Ya! Kawasan rumah yang diduduki oleh Wirfan berguard. Hanya nama manusia yang berada didalam list saja yang dibenarkan masuk.

Mawar mula gelisah tiba tiba, suara seseorang mengetuk alat pendengarannya

"Hoii bukaklah"

"Macam kenal?" Perlahan lahan pintu dibuka. Wajah kacak Wirfan menyapa pandangannya

"Memang tak reti bukak ke?" dingin Wirfan. Nada suara meninggi. Mawar menunduk. Air mata bertakung. Mawar seorang yang mudah terasa ye anak anak.

"Ma-manalah saya tau," balas Mawar.

"Tulah, lain kali aku bagi nombor tu text lah" marah Wirfan. Dia menikam tajam bebola mata gadis itu. "Saya mana ada telefon," kawannya dalam keadaan masih menundukkan kepalanya.

"Asal tak ca-" terhenti ayat yang ingin keluar dari mulut Wirfan apabila satu suara memotong "Nah. Saya tau awak takde telefon," Daniel yang entah muncul darimana menghulurkan beg kertas berisi sekotak iPhone. "Ehh takpayahlah"

"Ambik je lah. Saya pun nak dapat pahala jugak" ujar Daniel seraya tersenyum manis.

"And happy birthday to you, Airis Mawardah binti Ahmad," sambung Daniel mengucap. Wirfan terus menoleh kearah Daniel. Bagaimana lelaki itu tahu bila tarikh lahir Mawar?

"Ehh macam mana awak tau?" tanya Mawar sedikit teruja. Sepanjang hidup ini kali pertama ada yang ucap birthday dia.

"Saya terpandang IC awak tadi," jujur Daniel membuatkan Mawar mengangguk. Wirfan hanya melihat adegan dua orang itu dengan wajah tanpa riak.

"Esok jom, keluar makan. saya belanja," ajak Daniel. Makin lebar senyuman Mawar. Lekas Mawar mengangguk laju.

Mata Wirfan yang sedang memandang wajah Mawar teralih pada gelang yang gadis itu pakai lalu dia bersuara. "Bukak gelang tu," arah Wirfan dingin

"Kena-"

"Aku suruh bukak tu bukak je lah," marah Wirfan. Nada suara meninggi. Asyik marah je mamat ni.

Mawar akur. Dia membuka gelang itu lalu dihulurkan kepada Wirfan. "Saya masuk dulu. Sakit hati lama lama dekat sini," Mawar terus masuk kedalam lalu pintu ditutup dan dikunci.

"Kau lah ni, cakap tu lembut sikit tak boleh ke? Kau ingat hati perempuan kental macam lelaki?" marah Daniel namun Wirfan hanya mengabaikan teguran Daniel itu sebelum kaki melangkah kerumah Daniel semula. Dia sudah lupa apa tujuan dia kesini. Daniel turut membawa langkah meninggalkan rumah itu.

**

"Tersenyum senyum macam orang gila. Kau asal?" tegur Wirfan. Dah macam tak betul je kawannya sorang nih. "Sweet lah crush aku ni," balasan dari Daniel membuatkan Wirfan berkerut dahi "Siapa pulak crush kau ni?"

"Airis Mawardah," balas Daniel sambil tersengih sengih. Langsung berubah riak wajah Wirfan setelah mendengar kenyataan itu. "Oh"

"Best we keluar dengan dia tadi. Rugi kau tak ikut," Wirfan masih mendiamkan diri

"Dia tu sewel macam aku jugak," beritahu Daniel bangga. "Pastu tadi ada orang tanya macam ni 'suami isteri ke?'. Kitaorang nampak serasilah maksudnya kan."

"Oh" balas Wirfan. Daniel mendengus kasar mendengar balasan daripada kawannya itu sebelum  melangkah masuk kedalam bilik. Sekarang tinggal Wirfan saja diruang tamu.

"Perasaan apa eh ni? Kenapa sakit sangat setiap kali aku tengok diorang bersama?" tanya Wirfan pada diri sendiri. Sungguh dia sakit sangat apabila melihat Daniel dan Mawar.

"Takkan aku dah jatuh cinta? Ish tak mungkinlah," Wirfan melangkah keluar dari rumah itu lalu kaki dibawa menuju kemotosikal berkuasa tinggi miliknya itu. Superbike itu dipecut laju

**
Kini sudah hampir 2 bulan Mawar menetap dirumah Wirfan. Datuk Faruk masih tidak menjumpainya. Kadang perasaan serba salah menyerbu diri Mawar kerana 2 bulan tinggal dirumah itu percuma.

Sejak dia dan Daniel mula rapat dan menjalinkan hubungan, Wirfan dah tak munculkan diri didepannya. Pelik juga tapi tak mengapalah

Mawar mengerling kearah jam, pukul 8 malam. Dia dan Daniel berjanji ingin dinner bersama. Tetapi Daniel terlambat pula

Mawar mengenakan dress labuh berwarna putih dan tudung shawl berwarna hitam. Sudah lama tidak memakai shawl. Handsock dan stoking juga berwarna hitam. Dia sudah berjanji dengan Daniel untuk memakai tema black white malam ni

Bunyi hon kereta menyapa pendengaran Mawar. Mawar dengan terujanya melangkah keluar. Mati senyumannya apabila manusia yang menekan hon kereta tadi bukanlah Daniel namun Wirfan dengan wajah tanpa riak itu

"Niel suruh aku hantar kau"beritahu Wirfan dingin sebelum melangkah masuk kedalam kereta semula. Mawar mengangguk sebelum turut masuk kedalam kereta. Otak masih memikirkan kenapa Daniel menyuruh Wirfan menghantarnya.

Sepanjang perjalanan mereka hanya diam membisu. Kadang kala suara Mawar menyanyi menyapa gegendang telinga Wirfan. Tanpa sedar bibir mengukir senyuman nipis

Destinasi telah sampai, mereka berdua keluar dari kereta. Teruja Mawar melihat keadaan sekeliling. Sungguh cantik. Tiba tiba..

Pandangan Mawar menjadi gelap. Dapat dia rasakan ada seseorang sedang menarik hujung lengan baju miliknya itu.

Selepas beberapa saat berjalan, langkah orang yang menarik hujung lengan bajunya itu berhenti. Pandangannya yang gelap kembali cerah

Daniel yang memakai tuxedo putih itu tersenyum manis kepadanya. Belakang lelaki itu ada tasik . Terdapat juga satu carpet bulu berwarna putih dan bunga tulip putih diatasnya. Dan pelbagai lagilah. Kalau dicerita memang banyaklah chapter for this story

"A-awak buat?" Daniel mengangguk mengiyakan pertanyaan itu.

Mawar menutup mulut menggunakan tapak tangannya. Kagum melihat effort lelaki itu. Tiba tiba lelaki itu melutut depan Mawar sambil menghulurkan sebuah kotak berwarna merah

"Airis Mawardah, Can I use your name for my akad nikah?" lamar lelaki itu. Wirfan yang berada di belakang Mawar terus mengalihkan pandangannya kearah lain. Hatinya hancur melihat perkara itu.

"Yes, you can," balas Mawar gembira. Daniel tersenyum lebar. "But.."Mawar menunduk. Mati terus senyuman dibibir Daniel

"But?"

"Saya setuju jer tapi ayah saya.." masih menunduk. Kalau ayahnya tidak setuju bagai potong bagaimana?

"Takpa nanti saya pujuk," tersenyum lebar Mawar mendengar balasan itu. Mereka mula menjamu selera bersama sama. Wirfan masih disitu menemani mereka takut takut ada benda tak diduga berlaku sekiranya hanya mereka berdua disitu.











Rasa mcm nk tukar herolah..


𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now