"Arghh," menyerang kesakitan Airina apabila tangannya cedera akibat ditembak oleh Wirfan tadi. Pistol ditangannya terlepas.
"Apa kau buat ni? Aku dah ikut apa yang kau suruh, kenapa kau tetap nak bunuh diaorang?" Tanya Wirfan. Nada meninggi. Matanya masih belum terpandang kearah mayat Aureestella yang berkecai itu.
Yang lain sekadar mengerut dahi. Buat apa?
"Kau ikut cakap aku?" tawa sinis Airina memenuhi ruang itu. "Aku suruh dera, kau tak dera pun?" sinis Airina bertanya. Wirfan yang sudah geram itu mula melepaskan tembakan kearah gadis itu. Tapi malangnya Airina sempat mengelak.
Banyak das juga dilepas dan semua berjaya dielak. Wirfan maju kearah Airina sebelum mencekik gadis itu. Dia menolak Airina sehingga belakang badan gadis itu bertemu dinding. Dalam masa yang sama, dia menikam perut Airina menggunakan pisau lipat yang dibawa olehnya.
Menyerang kesakitan Airina ditikam begitu. Dia cuba menolak Wirfan namun tidak boleh. Wirfan menghentak kepala Airina pada dinding. Daniel yang ingin tolong, dihalang.
Dia menarik rambut Airina sehingga terdongak. Tanpa sedar Airina sudah mengambil pistol yang berada didalam poket seluar lelaki itu
Dia menghala tepat kearah Mawar. Mawar yang perasan itu sudah menunduk sambil memejamkan matanya. Tangan naik menutup kepala. Entahlah apa function Mawar tutup kepalanya. Airina menarik picu dengan bersusah payah dan..
"MAWAR!" Jerit Daniel dan Adra serentak.
BANG!
BANG!
BANG!
BANG!
Mawar kerut dahi. Dia membuka matanya perlahan lahan. Tersentak dia apabila sekejur tubuh berada didepannya. Lelaki itu melindunginya.
"Abang!" Mawar mendekati suaminya. "Co-cornflake, a-abang mintak ma-maaf," ucap Wirfan susah payah. Yang lain sekadar melihat. Terkejut itu semestinya.
Perlahan lahan mata Wirfan terpejam. "Abangg!" Jerit Mawar kuat. Air mata mengalir deras. Airina memeluk tubuh. Best jugak bunuh orang.
Tiba tiba, bunyi siren polis menyapa pendengaran mereka. Airina mula panik. Dia memandang sekeliling sebelum melarikan diri.
"Ceh, bunuh orang pandai tapi dengar bunyi siren dah lari. Pigilah," ujar Adra. Daniel menoleh kearah adiknya "kau ke yang bukak?" Adra tersengih seraya mengangguk.
Mereka mendekati Mawar. Rantai yang mengikati badan Mawar dibuka. "Err tadi abang Ipan kata Ella kena culik jugak, mana dia?" Tanya Wizzara. Yang lain turut pasang telinga ingin mendengar jawapan.
"Haah mana dia?" Sampuk Harris pula. Mawar menoleh kearah mayat Aureestella yang berkecai itu. Mereka turut menoleh.
Alangkah terkejutnya mereka. "Tu..tu Ella ke?" Soal Adra. Perlahan lahan Mawar mengangguk. Air mata bertakung.
"Perempuan tu memang nak jumpa Allah cepat ni," ujar Daniel geram. Penumbuk digenggam kuat.
Daniel mendukung tubuh Wirfan lalu melangkah keluar dari situ. Mawar memandang mayat itu buat kali terakhir sebelum turut keluar dari situ. Hospital dituju.
**
Kelibat Mawar yang baru keluar dari bilik doktor menyapa pandangan. Dia melabuhkan diri bersebelahan dengan Suraya. Malik dan Suraya baru saja tiba.Wirfan disahkan koma. Jejaka itu kehilangan banyak darah tapi yang jadi masalahnya sekarang tiada siapa dikalangan mereka yang memiliki jenis darah yang sama dengannya. Darah jejaka itu terlalu susah untuk ditemui. Sedangkan mereka hanya darah biasa yang ada banyak stok dihospital.
Suraya menepuk bahu Mawar seraya bersuara "awak taknak masuk tengok suami awak?" Soal Suraya. Mawar menoleh kearah Suraya sebelum berpaling kearah pintu wad Wirfan pula. Dia menghadiahkan senyuman nipis kepada Suraya sebelum melangkah masuk.
Ada Daniel dan Harris didalam. Malik baru saja keluar saat Mawar masuk tadi. Dia melabuhkan diri dikerusi kosong tepi katil wad itu. Dia memandang suaminya sayu. Tanpa sedar air matanya bertakung. Murah betul air matanya sekarang.
Empat das tembakan yang dilepaskan oleh Airina tadi terkena pada belakang badan, tangan, paha dan juga belakang tengkuknya.
Mawar mengalihkan pandangannya kearah kabinet tepi katil itu. Terdapat seutas jam diatasnya. Dia mengerutkan dahi. Macam kenal. Dia mencapai jam itu sebelum dibelek beleknya
Ouhh ya dia dah ingat.
Jam yang suaminya selalu pakai selepas berkahwin dengan Airina. Mata Mawar yang berwarna coklat cerah itu berubah menjadi coklat gelap. Dia dapat rasakan sesuatu.
"Contact lens kau tercabut ke?" Soal Daniel apabila perasan yang mata gadis itu berubah warna. Harris yang berada disebelah menyikunya. Soalan pun haih.
"Kau nak comeback ke?" Harris bersuara. Mata memandang wajah Mawar. Mawar mengangguk sebelum bangun dari duduknya. Jam itu disimpankan didalam poket. Harris maju kearah Mawar
"Danny, aku nak kau ikut aku," arah Mawar membuatkan dahi Daniel berkerut. "mana kau tau nama tu?" Setahunya Wirfan dan musuh musuhnya saja yang tahu nama itu.
"ikut aku SEKARANG!" lalu dia melangkah keluar dari bilik itu.Harris memeluk lengan Daniel. "Jom baby," ujar Harris lalu menarik Daniel.
"Otak kau baby baby, aku straight lagi. Jangan nak pesong aku," seraya menarik tangannya dari pelukan Harris. Laju dia melangkah keluar. Harris melepaskan tawa terbahak bahak.
YOU ARE READING
𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒜𝓁ℴ𝓃ℯ• ˢʰᵒʳᵗ ˢᵗᵒʳʸ ᴡɪʀғᴀɴ ᴅᴀɴɪsʜ × ᴀɪʀɪs ᴍᴀᴡᴀʀᴅᴀʜ Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang berkerjaya dan seorang perempuan yang dijual oleh bapak kandung sendiri atas sebab mempunyai hutang yang tak dapat dilangsaikan Pert...