Pandangan yang gelap tadi berubah menjadi cerah. Mawar bangun dari pembaringannya perlahan lahan seraya tangan naik memegang kepala.
Dia memandang sekeliling. Dia berada didalam bilik tidurnya. Ya bilik tidurnya. Sejak suaminya berkahwin dengan kakak tirinya a.k.a madunya, mereka tidak lagi tidur sebilik.
"Ibu otey?" Tanya seseorang membuatkan Mawar mengalihkan pandangannya kearah pintu. Kelibat Aureestella muncul bersama dua keping roti didalam pinggan
Mawar mengangguk mengiyakan pertanyaan Aureestella tadi. "Mah ibu matan," seraya menghulurkan pinggan berisikan roti itu. Mawar tersenyum sebelum menyambut huluran tersebut.
"Terima kasih anak ibu. Ni Ella dah makan belum?" Aureestella menggelengkan kepalanya perlahan. Mawar mengambil sekeping roti didalam pinggan itu sebelum diserahkan kepada Aureestella.
"Kita makan sekali okay? " Aureestella mengangguk lalu mengambil roti itu dari tangan ibunya.
**
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Sekarang Mawar berada dishopping mall bersama.. Daniel. Daniel saja yang sudi teman. Ada suami tapi tau menggatal je. Upss"Dah habis borong?" Soal Daniel. Mata memandang tepat kearah gadis itu. Mawar sekadar mengangguk. "Uncle. Jom matan eskrim," ajak Aureestella. "Ish takmaulah Ella"
"Apa salahnya. Aku bukan ada anak nak belanja. Jom Daniellah," ajak Daniel seraya memegang tangan Aureestella menuju kekedai aiskrim. Hanya Daniel saja yang memanggil Aureestella dengan nama 'Daniellah' kerana alasannya nama itu lebih kurang sama dengan namanya.
Daniel. Daniellah.
Kan lebih kurang tu.
Sedang Mawar berjalan dikedai yang dituju oleh Daniel dan Aureestella, langkahnya terhenti apabila ada yang memanggilnya. Dia pusing kebelakang. "Cik Airis kan?" tanya seorang lelaki. Mawar tidak menjawab malah dia sedang merenung wajah kacak milik jejaka itu. Macam kenal.
"Ehh Harris. Ya Allah lamanya tak jumpa," balas Mawar teruja. Tangan naik menutup mulut.
"Kau sihat, Cik Airis?" Tanya Harris. Dia saja memanggil Mawar dengan panggilan itu. "Sihat Alhamdulillah. By the way jangan panggil aku Cik," pinta Mawar. "Asal?"
"Aku isteri orang," mati terus senyuman jejaka itu. "Oh," balas Harris ringkas. "Eh jom masuk kedai aiskrim tu," Harris mengangguk perlahan sebelum mengikuti langkah kawan baiknya itu.
Kelibat Daniel dicari. Daniel yang perasan itu mengangkat tangan memanggil Mawar kemari. "Lambatnya kau. Pergi mana?" Soal Daniel sebelum terpandang kearah jejaka dibelakang Mawar. "Siapa jantan tu?"
"Dia ni Harris Zayyat, kawan baik saya dari saya kecik lagi," balas Mawar seraya melabuhkan diri. Harris duduk ditepi Mawar. Dia mendekatkan jarak antara mereka lalu membisik sesuatu "Dia suami kau ke?" Mawar yang sedang minum air itu tersembur habis air itu keluar. Daniel juga yang kena
"Ya Allah sorry Niel," pinta Mawar lalu dia menoleh kearah Harris sebelum menjawab soalan tadi "mana ada. Dia ni kawan aku je." Harris mengangguk faham.
"Sekarang ni baju aku dah basah. Apa aku nak buat?" Soal Daniel sambil menikam tajam bebola mata Mawar.
"Err awak bukaklah baju tu," dengan rasa tidak bersalah Mawar membalas. Daniel ketap rahangnya kuat. Nasib minah ni cantik.
Ehh isteri orang tu.
Tapi suami dia pun dah ada isteri lain. Boleh aa ni nak kebas.
Ehh
"Dahlah jom balik. Daniellah dah habis makan," ajak Daniel. Langsung tak pandang wajah Mawar. Merajuk ke? Naya nak kena pujuk pula.
"Ermm Harris. Nanti kita jumpa lain eh. Nih nombor aku," seraya menunjukkan telefon bimbitnya kearah Harris. Harris membawa keluar iPhone miliknya sebelum menyimpan kontak nombor Mawar.
"Byee nanti chat lah aku," jerit Mawar. Harris membalas dengan anggukkan. Lalu Mawar berlari mengejar langkah Daniel.
Aii selawat dok gi?
•اَللهُم صَل عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ•
YOU ARE READING
𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒜𝓁ℴ𝓃ℯ• ˢʰᵒʳᵗ ˢᵗᵒʳʸ ᴡɪʀғᴀɴ ᴅᴀɴɪsʜ × ᴀɪʀɪs ᴍᴀᴡᴀʀᴅᴀʜ Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang berkerjaya dan seorang perempuan yang dijual oleh bapak kandung sendiri atas sebab mempunyai hutang yang tak dapat dilangsaikan Pert...