5

285 27 4
                                    

Pagi pagi lagi Wirfan sudah berada didalam wad Mawar. Menunggu Mawar bangun dari tidurnya. Daniel pula berada diwad sebelah. Selepas menghantar Mawar kehospital semalam, Wirfan terus menuju kegudang itu semula. Sampai saja disana dia sudah melihat banyak tubuh terbaring dilantai. Ada yang sudah tidak bernyawa dan ada juga yang sekadar pengsan. Sebak Wirfan melihat keadaan itu. Paling sebak apabila Daniel turut terbaring dilantai dengan darah yang penuh disekeliling badannya.

Musuh musuh mereka ada yang sudah tumpas dan yang melarikan diri. Tetapi Wirfan tidak takut kerana yang melarikan diri itu hanyalah anak buah Datuk Faruk dan bukanlah Datuk Faruk. Datuk Faruk sudah disahkan meninggal dunia semalam.

Keadaan Daniel teruk. Dia kehilangan banyak darah. Dia perlu menunggu sehingga penderma darah mendermakan darah yang sejenis dengannya. Wirfan? Wirfan mempunyai darah jenis yang berbeza dengan Daniel. Kawasan badan Daniel juga banyak luka tembakan yang dalam

Sedang Wirfan termenung memandang kearah tingkap, suara seseorang memberhentikannya.

"A-awak," panggil Mawar yang baru bangun itu. Dia cuba bangun dari pembaringannya namun dihalang pantas oleh Wirfan. "Hm"

"Ma-mana Daniel?" soalan Mawar itu membuatkan Wirfan berubah riak sebelum dia menjawab soalan tersebut.

"Wad sebelah," mendengar balasan itu, Mawar terus meletakkan kakinya kebawah untuk turun dari situ. Wirfan hanya melihat. Dalam diam dia cuba menyembunyikan rasa cemburunya.

"Saya nak pergi tengok dia," ujar Mawar lalu ingin melangkah turun dari katil hospital itu namun Wirfan menghalangnya.

"Sedar diri sikit boleh tak?kau tu tengah sakit," marah Wirfan tapi nada suara tak meninggi. "Saya nak perg-"

"Takpayah. Petang ni kau dah boleh keluar, kau pergilah tengok dia. Tidur sekali kat situ," potong Wirfan lalu melangkah keluar dari situ. Sebelum dia terlepaskan amarahnya pada gadis itu baik dia keluar.

Mawar didalam mengigit kukunya. Serba salah sebab dah buat Wirfan marah.

**
Malam menjemput mereka. Mawar sudahpun discharge petang tadi dan sekarang dia berada diwad Daniel. Wirfan pula sudahpun balik kerumah Daniel. Esok pagi baru dia akan datang semula.

Daniel masih tidak sedarkan diri. Mawar yang berada disebelahnya hanya termenung melayan perasaan. Majlis perkahwinan mereka minggu depan. Dia takut masa tu Daniel masih tidak sedarkan diri. Tubuh lelaki terlalu banyak balutan membuatkan Mawar berasa sebak.

Tubuh Wirfan juga ada balutan tetapi tidak banyak.

"Awak nak tidur berapa lama wak?" tanya Mawar walaupun tahu tiada yang menjawabnya. "Awak tak sayang saya ke?"

"Awak tak nak kahwin dengan saya ke?" Mawar menunduk. Air mata mengalir deras hingga terjatuh membasahi lantai. Otaknya mula memikirkan perkara bukan bukan.

Tiba tiba ada satu suara mencelah.

"If korang ada jodoh, korang akan kahwin jugak," Wirfan melangkah mendekati Mawar.

"Niel tak suka tengok tunang dia macam Ni. So jangan nangis," beritahu Wirfan seraya ingin memujuk gadis itu.

Kisah semalam mula melintas difikirannya

"Ya Allah Niel," Wirfan berlari kearah kawan baiknya yang berbaring diatas lantai.

"I-ipan" panggil Daniel gugup. Nama panggilan yang digunakan oleh keluarga Wirfan dulu turut digunakan oleh Daniel iaitu 'Ipan'

"Kau okay tak ni? Mana musuh kita yang lain? Jom aku bawak kau pergi hospital" ujar Wirfan gelabah sambil mengangkat tubuh Daniel. "I-ipan," panggil Daniel lagi.

"Ye kenapa? Sakit sangat ke?" Kalut Wirfan menyoal. Dia terlalu risau akan keadaan kawan baiknya itu.

"Mu-muka kau pu-pucat.. kau o-okay?"tersekat sekat Daniel menanyakan keadaan sahabatnya itu. Wajah Wirfan jelas nampak sangat pucat."Aku okay je. Kau ni yang tak okay," balas Wirfan.

"To-tolong jaga tu-tunang aku elok elok ka-kalau aku dah tak-"

"Apa cakap macamtu? Kau diam jelah," marah Wirfan. Merepek pula mamat ni.

"Ka-kalau aku koma, jangan b-biar Ma-mawar na-nangis," ujar Daniel lagi seakan tahu apa yang akan jadi selepas ini.

"Ni, kau boleh diam jap tak? Aku tunggu kawan aku sampai ni. Kau kena banyak diam. Bertahan," ujar Wirfan cuba menghalang Daniel dari bercakap benda yang bukan bukan.

Daniel tersenyum. Jarang Wirfan tunjukkan sisi ni. Sisi caring.

Lepas beberapa saat daripada itu, mata Daniel perlahan lahan ingin tertutup. Wirfan yang perasan itu terus gelabah.

"Weh Niel bertahan sikit weh. Kawan aku dah dek- Ha itu dia," Wirfan berlari kearah kereta Alza berwarna biru yang baru tiba itu. Tanpa berfikir panjang, pemandu kereta itu terus meluncur pergi dari situ

"Niel Niel, jangan macam ni," air mata mengalir deras. "Ja-jaga di-diri" perlahan lahan mata jejaka itu terpejam.

"Oii Niel. Kau tak mati lagilah," marah Wirfan seraya menampar pipi kawan baiknya itu. Sekejap kejap matanya memandang luar ingin memastikan sudah sampai atau belum.

"Risau jugak kau kalau dia mati," ujar pemandu yang memandu kereta itu atau dikenali sebagai Khairul. Kawan Wirfan.

"Aku risau dia tak sempat mengucap je," balas Wirfan. Cuba menafikan apa yang dilontarkan oleh Khairul itu.

Tiba sahaja dihospital, Daniel dibawa kewad kecemasan. Wirfan kehulur kehilir didepan wad itu. Badannya penuh dengan darah. Bukan darahnya saja disitu namun darah Daniel turut melekat dibajunya itu

Tiba tiba satu suara memanggilnya

"Encik Wirfan?" tanya doktor Afiq, doktor yang merawat Daniel tadi. "Ya saya. Apa jadi dengan Daniel Doktor?" Sahut Wirfan laju.

"Dia kehilangan banyak darah. Peluru yang ada dibadannya sudah dikeluarkan. Dia tengah koma sekarang. Dia memerlukan penderma secepat mungkin," beritahu Doktor itu. "Biar saya yang derma," ujar Wirfan.

"Baiklah tapi sebelum tu jom ikut saya check awak dulu. Nampak macam awak pun pun kurang okay ni," Wirfan hanya mengangguk. Memang dia kurang okay. Dia rasa ingin pitam namun ditahan demi dua orang tersayang itu. Badannya juga dipenuhi darah.

"Awak?"Mawar melibas libaskan tangannya dihadapan muka Wirfan bagi menyedarkan Wirfan dari lamunan. "Hm"

"Are you okay?" Wirfan mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. "Dah jom balik, "ajak Wirfan

"Tapi saya nak jaga dia," jawab Mawar bersungguh sungguh. "Dia tak bagi kau jaga dia. Dah jom," Wirfan menarik hujung lengan baju Mawar keluar dari wad itu.

"Awak ke-" terhenti soalan yang ingin keluar dari bibir mungil Mawar apabila ada yang memotong

"Maaf ni waris encik Daniel ke?" tanya seorang doktor perempuan ataupun dikenali sebagai Doktor Husna.

"Saya ka-" belum sempat Wirfan menghabiskan ayatnya sudah dipotong seseorang "Saya tunang dia doktor. Kenapa ye?" potong Mawar.

"Macam ni, hidup Encik Daniel dalam bahaya sebab kami belum jumpa penderma yang sesuai dengan dia. Dia boleh meninggal sebab tak cukup darah," beritahu Doktor itu.

"Kalau macamtu biar saya yang derma," pintas Mawar.

"Baiklah. Jom ikut saya," Mawar mengikut langkah doktor itu. Wirfan pula melabuhkan diri dikerusi kosong.

"Untung kau dapat bakal isteri baik macamtu, Niel," ujar Wirfan dalam nada suara yang perlahan.






Vote please.. tq





𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now